2 Mac 2011

Budaya Gangterisme UMNO Bakal Tewaskan UMNO Di PRK Merlimau

Merlimau terus dicemari angkara khianat

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan saya pasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Katanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan. -mk

4 ulasan:

Awanama berkata...

Puak-puak ni memang tak suka Islam sebab gemar berjoget lambak bila ada majlis kahwin

Awanama berkata...

Orang Melaka,Bani Hang Tuah ni kena tanya Ali Rustam,berapa banyak hutang setiap rakyat Melaka kepada Kerajaan Persekutuan.Melaka memang maju dengan pelancungan tapi dimana semua duit yang buat projek tu datang?Berapa banyak pulak Ali Rustam bayar balik kekerajaan Persekutuan untuk bayar hutang.Jangan megah dan sombong tak tentu pasal.Buka Laporan Odit Negara baru tau hutang Negeri Melaka tu bertapok-tapok.

Awanama berkata...

Aku orang melaka, merasa malu dengan tabiat pendek akal segelintir pemuda umno melaka. Perbuatan mereka seolah tak menunjukan kematangan cara bertindak. Tak terfikir ke mereka tentang keselamatan mereka bila tertangkap. Bila dah tertangkap, ada ke orang atasan Be End akan membela mereka. Mesti akan menafikannya kan?. So kepada pemuda-pemuda dimana sahaja, lakukan sesuatu ikutlah akal bukan ikut RM. RM50-100 sekarang ni nak tuang minyak pun xlepas. Lebih baik xpayah ikut lebih baik.

Awanama berkata...

Pilihanraya adalah gelanggang perang idealogi. Sesiapa yang terlibat dan terbabit dalam pilihanraya mahukan kemenangan.

Cara bagaimana untuk dapatkan kemenangan itu tidak penting. Sama ada ia haram atau tidak disisi undang-undang, pokoknya adalah kemenangan.

Anda fikir ada rakyat Malaysia yang suka-suka pecahkan kereta orang lain kalau tidak dihasut dan diupah..?

Untuk apa cermin kereta dipecahkan kalau bukan untuk menimbulkan rasa marah dan rusuhan..?


Nak mengadu kepada siapa, kesemua tempat yang patut kita buat aduan adalah tali barut, baruah dan pengkhianat, yang berkerja untuk UMNO Baru/BN. Kalau salah masuk tempat mengadu anda akan dijadikan mangsa..?

Bila dah tak tahan nanti kita berkumpul dijalanraya...!!