30 Mac 2011

Kartun Lucah: Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas

Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

Menurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya,"
laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".

Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah menggesa semua pimpinan politik - tidak mengira parti mereka - supaya mendokong sebuah politik baru yang menolak politik fitnah atau lucah.

Katanya, politik tersebut menghancurkan nilai integriti dan manusiawi.

"Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan memepertahankan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat," katanya.

Nurul Izzah bagaimanapun enggan menunjukkan kandungan komik itu kepada pemberita, kerana tidak mahu pihak dituduh "mempromosikan gambar lucah".

Dalam laporan polisnya itu, Nurul Izzah turut menggesa polis menyiasat empat aduan polis bapanya berhubung dakwaan salahguna kuasa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim - bekas pegawai penyiasat tragedi mata lembam Anwar - kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Laporan polis itu bertarikh antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999.


Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya

Saya kesal kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai muncul kartunis-kartunis yang sanggup melukis kartun yang membawa unsur fitnah. Kartun-kartun seperti ini banyak muncul menjelang pilihan raya kecil.

Terbaru, ahli parlimen Pembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar kanan) membuat laporan polis mengenai pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka. Saya mendapat maklumat mereka dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan pihak yang membayar.

Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur. Saya ingin mengingatkan para kartunis bahawa selagi karya-karya mereka disebar dan dibaca, selagi itu mereka tidak terlepas dari tanggungjawab.

Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya. Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis.

Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain. Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia.

*Kenyataan media oleh Zunar, kartunis politik di Malaysia.


Ulasan GB

Betul-betul menjijikkan.

Ketara sangat UMNO BN kini sudah terlalu amat desperate. Apatah lagi apabila dilihat isu video seks yang tersebar akhirnya memerangkap mereka semula. Lebih ramai yang kini menyokong Anwar, dan ini mengecewakan mereka.

Akhirnya mereka terdesak, maka dikeluarkan pula komik lucah untuk menjatuhkan Anwar. Satu taktik tipikal yang mereka gunakan sama seperti gambar lucah yang mereka edarkan di pilihanraya kecil tempohari.

Otak UMNO BN memang otak lucah. Tiada ada lansung ketakutan di hati mereka melakukan kerja-kerja sedemikian. Ini kerana pemimpin tertinggi mereka merestuinya. Menggunakan kaedah haiwaniah Machievellism - matlamat menghalalkan cara. Fitnah dijadikan senjata ampuh untuk menyerang pihak lawannya.

Teruskanlah jika anda merasakan anda boleh menang dengan kaedha itu.

Kami tetap berjalan di atas landasan kebenaran dan keadilan. Kami yakin semuanya itu akan berbalik kepada anda semula. Satu demi satu kelucahan itu akan membenamkan anda-anda semua ke lubang jahanam.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

inilah jadinya apabila..al-quran dan hadith diketepikan didalam pemerintahan,apabila dosa dan pahala dianggap TIADA. hidup didunia adalah untuk kita hidup di akhirat.. apabila niat menghalalkan cara...segala yg haram boleh jadi halal... mana pergi akhlak seorang pemerintah?islam just on d name rite???

Tanpa Nama berkata...

PELUKIS, PENERBIT, DALANGNYA, PENCETAK DAN PENGEDAR ADALAH MEREKA DARI SPESIES YANG SAMA. CUBA SEMAK NASAB KALIAN BETUL2 MUNGKIN DALAM 7 KETURUNAN AKHIR INI ADA YANG BERSTATUS ANAK TIDAK SAH TARAF.

Tanpa Nama berkata...

pihak yang berkenaan sepatutnya dibuang kerja.....ini bukan boleh main2......tindakan hukuman yg lebih berat perlu diambil dgn segera......untuk pengajaran kepada yg lain.....jangan nak buat lawak cakap dgn mereka.....cerdik tak bertempat la tu........

Unknown berkata...

umno-bn memang terdesak sekarang: semua gunapakai sekarang... video lucah; karton lucah; tambi cik kaki lucah; ummi hole-pukidia pelacur; parpukari kaki arak bloger cyber troopers umno dan ramai lagi yg sejenis dengannya .... pemerentah lucah.....

Tanpa Nama berkata...

video lucah dalam UMNOPORN???

rayman berkata...

astro raja lawak tak mau amek tindakan saman ker? Udahla gambau kat kulit tu sroper cam program realiti kat tv.....iskhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

UMPORNO = UMNOPRON ???

LUKISAN LEBIH KURANG SAMA AJE MACAM LUKISAN YG MEMPERSENDAKAN RAKYAT JEPUN...GAMBAR ULTRAMAN LARI DARI TSUNAMI???