30 Mac 2011

Duit Banyak Gila Dalam Rumah Pegawai Kanan Kastam

Pasangan suami isteri yang merupakan pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia adalah di antara yang ditahan dalam satu gerakan besar-besaran oleh Pasukan Tindakan Khas yang diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak di seluruh negara semalam (Isnin).

Pasukan itu telah membuat serbuan ke atas lebih 100 buah syarikat dan orang perseorangan secara serentak. Serbuan itu dilakukan ke atas 84 agen penghantaran, sebuah syarikat induk serta 24 anak syarikat berkaitan dan 25 premis Kastam Di Raja Malaysia di seluruh negara.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, dua orang pegawai kanan Kastam telah ditangkap bagi membantu siasatan.

"Ratusan ribu ringgit telah dijumpai di rumah dua orang pegawai kanan Kastam ini yang merupakan pasangan suami isteri," katanya kepada media di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, pasukan itu juga telah menyita lebih daripada 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan dalam operasi berkenaan.

Pasukan Tindakan Khas ini melibatkan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan berkaitan.

Mustafar menjelaskan, kesemua entiti yang diserbu dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram.

"Ia juga termasuk penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah,"
katanya.

"Kami melakukan tinjauan selama sebulan. Ia boleh dikatakan satu sindiket berikutan jaringan yang ada antara satu sama lain," katanya.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ditanya mengenai jumlah sebenar yang diperolehi dari serbuan itu, Mustafar berkata, "Ia hanya merupakan satu kes yang dilaporkan berbanding 10 yang tidak dilaporkan. Saya yakin ia tetap melibatkan jumlah yang sangat tinggi."

Tentang sama ada serbuan semalam melibatkan seorang anggota salah sebuah parti politik, beliau menjawab, "Ia hanya satu kebetulan".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata Malaysia mencatatkan Kesalahan dan Ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

E&O itu antara lain mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana yang berpunca daripada aktiviti haram, katanya. -mstar

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rasuahhhhhhhh la tuuuuuuu.....

J.R. berkata...

Menteri yg jaga Kastam SPRM tak nak serbu sama ke???

Tanpa Nama berkata...

itu baru kastam yg lain tu polis menteri dan bla bla bla ........ fikir sendiri beb

Tanpa Nama berkata...

itu belum dalam rumah PM malaysia lagi, kalau tengok, mau jadi sewel rakyat

Tanpa Nama berkata...

itu bukan rasuah tapi wang politik.

bunbinban berkata...

'ianya hanya satu kebetulan'. hahaha..ayat selamat. cuba yg di tangkap ahli politik PR, tak sempat tangkap, media gerombolan dah siar tajuk depan. lahai...eloklah tangkap. pasni pakat2 tangkap jerung2 besar plak kalau ada telur atau bukan spesis pondan dan hidup bergantung pada rezeki yg Allah bagi bukan UMNO yg bagi. Yg kilang Rare Earth kat Gebeng tu tak nak siasat ke...mana tau ada unsur2 'aku tolong ko, ko tolong aku'..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Lepas nie....kroni masing2 cuba selamatkan kroni masing2.....sama la mcm kes anak Pengarah Filem terkenal??? Hari nie cek sah urine positif....lusa..tulat..dah clear plak??? Curi buku kat kedai buku pun lepas walaupun ada bukti ambil buku tak bayar???

Siapa org yg berkaitan dimaksudkan??? sila jawab 1 soalan aje...eskay bagi 5 soalan??

Tanpa Nama berkata...

dapat bahgian ko.dh lame ko hidup belagak ,kasi dia pape kedane.bile lg nk serbu umah jpj,jabatan hutan,terang dh hutan.

Tanpa Nama berkata...

aku nk jadi kastamlh,,duit cukai boleh bawak balik,,,,,,