30 Mac 2011

Bertudung Tetapi Mencuri, Apa Mahu Jadi?

Shah Alam - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya. -gambar fail

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini. -kosmo

Ulasan GB

Begitulah kisahnya di akhir zaman ini.

Sama juga perlakuan seorang lelaki yang di dalam blognya memperkatakan perjuangan bangsa dan agama, tetapi baru-baru ini tersiar gambarnya beliau didapati berada di satu keadaan yang memeranjatkan, dengan gelas arak bersamanya.

Ia heboh disiarkan di dalam beberapa blog semalam.

Namun kerja-kerja kejahatan itu tidak akan dapat membantu manusia kerana ianya bertentangan dengan hukum alam dan menentang hukum Tuhan.

Kejahatan itu tetap kejahatan sekalipun dipakaian dengan pakaian kebaikan. Ia akan terserlah juga akhirnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

standard laa bro zaman sekrang...ygmana tudung bukan lagi menjadi satu tuntutan agama..malah lebih kepada trend dan juga sebab dah kebiasaan memakai sejak dulu.

Yg bertudung tp berbogel pun ramai bro...salah siapa ini semua?

Tanpa Nama berkata...

bertudung hanya menutup aurat, iman bukan dalam tudung