Alor Setar: Tindakan pantas bekas isteri berjaya menyelamatkan warga emas daripada maut apabila rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiaminya ranap dalam kejadian ribut di Kampung Simpang Empat Kuar, Alor Janggus, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, rumah Shafie Othman, 72, yang didiami bersama anaknya, Mohd Hafizi, 22, runtuh dan hanya tinggal bilik air akibat dilanda ribut selama kira-kira 10 minit.
Bekas isterinya, Che Dah Rashid, 52, berkata secara kebetulan sebelum kejadian, dia ke kampung berkenaan menziarahi rakannya yang tinggal kira-kira 10 meter dari rumah bekas suaminya itu.
“Ketika angin kencang itu, saya melihat Shafie berdiri di depan pintu rumah. Pada masa sama, dinding di sebelah kanannya mula runtuh. Saya menjerit memanggilnya tetapi tidak diendahkan kerana dia mengalami masalah pendengaran.
“Saya berlari ke arahnya dan sebaik saja saya menarik tangannya keluar, rumah itu runtuh. Saya tidak tahu apa akan terjadi jika tidak sempat menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Katanya, dia dan Shafie bercerai sejak 14 tahun lalu dan kini dia tinggal di Kodiang bersama suami barunya, namun kerap ke kampung berkenaan menziarahi bekas suami dan anaknya itu.
Dalam pada itu, Shafie ketika ditemui, berkata ketika kejadian dia tidak menyedari dinding rumahnya runtuh kerana tidak mendengarnya.
“Mujur Che Dah sempat menyelamatkan saya. Jika tidak tentu nasib saya lebih buruk,” katanya.
Shafie berkata, dia mendiami rumah PPRT berkenaan sejak 12 tahun lalu dan tidak pernah mengalami masalah walaupun kampung itu kerap dilanda angin kencang.
“Walaupun semua harta benda musnah, saya tetap bersyukur kerana terselamat tanpa kecederaan,” katanya yang menumpang di rumah anak perempuannya, Norhaslinda, 24, di Simpang Empat, Perlis.
Selain mengalami masalah pendengaran akibat ketumbuhan dalam telinga, Shafie turut mengalami masalah mata berselaput menyebabkan penglihatannya kurang. -hm

Tiada ulasan:
Catat Ulasan