25 Feb 2011

[Bergambar] PAS Pilih Yuhaizad Untuk DUN Merlimau (updated)

PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.

Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang di Merlimau sebentar tadi di Markas PAS As-Solihin Merlimau Pasir.

Yuhaizad berumur 37 tahun, berasal dari Kg. Chinchin, Jasin dan merupakan anak jati DUN Merlimau. Isterinya bernama Shakila Mohd dan mempunyai empat orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Chinchin, kemudian Sek Men Datuk Bendahara dan menyambung pelajarannya di IKM dan mempunyai Diploma Tasawwur Islam dari Ilham.

Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat.

Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin (kanan) sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.













Tiada ulasan: