25 Feb 2011

Lelaki Diserang Dua Gangster

Kuantan – Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gengster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.

Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu, dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek hingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku. -kosmo

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok/bn mengangap jenayah seperti ini sebagai jenayah kecil,jenayah yang paling besar demontrasi jalanan dan perhimpunan penyokong pr dalam satu2 majlis ceramah dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

Pergaduhan kaum nih...
Antara kaum cina dan india....
Bahaya buat negara kita Malaysia...
Hidupkan semangat - 1Malaysia!

kembara putih berkata...

Malaysia dah tak selamat untuk didiami, jika anda tidak dibunuh sekalipun, pasti sekurang2nya anda diragut atau kereta anda dicuri. Inilah padahnya bila kewujudan polis hanya untuk membenteras kebangkitan rakyat dan pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Clean cut! kes kecil jer pada Polis pasal senang cantum balik nanti. Kes gaduh pasal kepala masih bercantum. Mangsa akan disiasat ada atau tidak kacau periuk nasi kroni/proxy. Tak ada jumpa bukti. Kalo ada pun corect3 boleh dipakaiguna.

Bangrangkali ini kerja gangster atau ahlong kroni Polis. Kalau tidak tak akan kumpulan2 gelap pesat berkembang 1Malaysia. Manuasia dibakar di Perlis, ditikam di Melaka, ditembak di Kelang dan sekarang disamurai di Kuantan. Macai jer kulit gelap macam yang di Libya, yang boss mungkin berkulit 1Malaysia. Baru paham kenapa yang dibakar kat Arab Balai Polis dulu yang kena.