25 Feb 2011

Nasib Utusan Cukup "Sueh", Takda Siapa Ingin Walaupun Diberikan Percuma

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang. -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah.. try tny penjual akhbar kt seluruh msia nihh, utusan mmg TAK LAKU! siap pegawai die dtg check ngan pengedar kenapa jualan merosot. BONGOK! LG MAU SIASAT KA? PAPER PALING MENGARUT+RACIST+PUTAR BELIT no 1 kt msia nih, xsape pon hingin nk baca.. -The Helix-

Tanpa Nama berkata...

Kaum Cina cerdik...bahan bacaan sampah mereka tak baca walaupun free.

p/s: betul ker dia bagi free atau pun kemudian claim kat kerajaan. Sebab kat kedai paper ni orang tak beli, jadi terpaksa buat sale melalui kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

KALAU TAK KERANA SYARIKAT-SYARIKAT UNDER UMNO SEPERTI GLC - GLC DI ARAH BELI PAPER UTUSAN MELOYA DAH LAMA BUNGKUS UTUSAN DAH....

KALAU BAGI UTUSAN AMBIL...TAPI BUAT ALAS BUNTUT KETIKA MEMANCING ATAU ALAS NASI LEMAK.

Chemen berkata...

tindakan yg kurang bijak.. patutnya diorang terima, lepas tu jual la kat tokey surat khabar lama.. p

Tanpa Nama berkata...

utusan meloya akan menjadi seperti the sun.. bagi percuma pun org x mau!!

akulajuki berkata...

Setuju dengan komen Chemen. Patutnya lepas dapat sekali mintak tambah lagi lepas tu kumpul banyak2 jual. Boleh gak cover peruntukan yang semakin kecil untuk sekolah tahun ni. kalau boleh sekali antar tu satu lori

zuraimi berkata...

kalu nasi lemak bungkus pakai utusan melayo jatuh haram ke GB.... wakakkakakak....