5 Feb 2011

Polis Indonesia Nafi Luna Maya Diarah Bogel Sewaktu Siasatan

Ibu pejabat Polis Repablik Indonesia menafikan Luna Maya dibogelkan sewaktu diperiksa oleh pegawai siasatan, dalam kes penyebaran video pribadi berisi adegan seks.

Hal tersebut ditegaskan Ketua Polis Indonesia Jenderal Polis Timur Pradopo. “Tidak ada. Semua dalam lingkungan siasatan, kita lakukan sesuai undang-undang,” tegasnya kepada wartawan di ibu pejabat Polis Repablik Indonesia, Jalan Trunojoyo Jakarta, Jumat (4/2/2011).

Semalam, Luna Maya membuat aduan ke Komnas HAM kerana menjadi korban penyebaran video peribadi yang berisi adegan seks. Pengaduan Luna disokong oleh aktivis perempuan, Yeni Rosa Damayanti, LBH APIK, dan Perempuan Mahardika.

Sebelumnya diberitakan, kedatangan Luna Maya ke Komnas HAM selain masalah bakal didakwa di bawah Undang-undang Pornografi yang tidak tepat, juga ada masalah lain yakni pengaduan Luna, kerana ada tindakan polis yang sebelum ini pernah meminta suspek-suspek kesalahan disuruh berbogel dalam pemeriksaan polis.

Namun dalam sidang konferensnya, Luna tidak menyentuh pengaduan tentang tindak polis dalam siasatan tersebut. Hanya tiga hal yang dicatat Komnas HAM, yakni penyimpangan terhadap pelaksanaan undang-undang, ada hak-hak privasi terlampau jauh dilanggar, dan ketiga diskriminasi sosiologi terhadap korban dalam bentuk pengabaian. -okezone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul budak tuh, Aksi ranjang diorang rakam dan sebarkan ke internet. Itu kerja orang yang dah hilang malunya. Malu kepada Tuhan lagilah jauhnya. Apa hal pulak nak marah-marah tuduh kena bogel...!? Berdasarkan peri-laku tidak malunya itu sepatutnya dia ok sajelah.

Hak individu lah konon. Bagaimana pula hak orang awam yang tak mahu diganggu gugat anak-anak mereka oleh sumber-sumber porno yang anda pula tukang meriahkan..?

Mintak maaf kepada masyarakat dan bertaubat nasuha (jika anda seorang Islam), itulah yang EAJIB anda lakukan. Bukan ngomel sembarang.