5 Feb 2011

Pelajar Murung, PTPTN Lambat Masuk

Pelajar 'terseksa' PTPTN belum diterima - PKPIM

KUALA LUMPUR - Ramai pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta mendakwa mereka masih belum menerima wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi semester ini.

Lebih mengecewakan lagi ada sesetengah universiti sudah menuntut yuran peperiksaan akhir semester namun, wang pinjaman itu masih belum diperoleh.

Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai masalah tersebut membabitkan pelajar di seluruh negara.

"Kes ini bukan kes kecil sebaliknya dihadapi oleh begitu ramai penuntut di seluruh negara. Malah mungkin ada pelajar sekarang sedang berlapar dan menanggung seksa kerana tiada wang," dedahnya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ahmad Afif, selain itu, masalah yang timbul ekoran kelewatan wang PTPTN juga melewatkan pelajar membeli buku teks, pembayaran yuran universiti dan pembayaran sewa tempat tinggal.

"Bayangkan, bagaimana seorang pelajar yang datang daripada keluarga sederhana terpaksa mengikat perut selama beberapa bulan kerana tidak mempunyai wang selama satu semester," jelasnya.

Lebih memburukkan keadaan, kos makanan dan minuman di institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang mencecah lebih kurang RM10 sehari.

"Jadi, bagi sebulan kos paling minimum hanya untuk makan dan minum sahaja sudah cecah RM300. Tambah pula yuran pengajian sekitar RM350 sehingga RM800 dan buku-buku rujukan akademik mencecah RM250.

"Bayangkanlah jumlah sekitar RM1,500 yang terpaksa ditanggung sendiri oleh para pelajar universiti kita sebelum masuknya pertengahan semester. Bagaimana mereka mahu bertahan sehingga tiga bulan untuk satu semester," katanya.

Justeru, PKPIM mahu PTPTN memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut dan mencari satu mekanisme bagi menyelesaikan segera masalah tersebut.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,
Masalah yang dikemukana oleh Exco Pendidikan dan Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim didalam kosmo ini sebenarnya bukan berpunca dari PTPTN.

Anak saya salah seorang dari mangsa keadaan ini. Anak saya pelajar semester kedua UiTM dan sejak dari Jan hingga sekarang, duit pinjaman PTPTN masih belum di kredit kedalam akaun BIMB anak saya atas alasan berikut:

1. Kesilapan pihak UiTM memberi status pengesahan pelajar dimana data pelajar UiTM yang diserahkan kepada PTPTN data dari semester 1.

2. Pihak PTPTN pula memberi alasan untuk membuat pembetulan keatas data ini mengambilmasa 2 bulan. Mereka namakan proses ini 'data reversal'.

Ini yang berlaku keatas 1250 pelajar UiTM. Untuk pelajar IPTA / IPTS yang lain, saya tidak pasti apa puncanya. Saya telah menghubungi pihak UiTM dan dimaklumkan bahawa yuran bagi pelajar yang terlibat akan diletakan status 'penangguhan'.

Yang menjadi kemusykilan saya ialah, sistem pak pandir apa yang PTPTN gunapakai sehingga mengambilmasa 2 bulan untuk memperbetulkan keadaan!

Menurut PTPTN juga, kesemua ahli lembaga pengarah, pengerusi, KPT dan segala bos2 telah dimaklumkan masalah ini tetapi tiada jalan penyelesaian singkat yang disediakan.

Yang menjadi mangsa, ibubapa pelajar yang berkaitan.

Amuraria berkata...

UNTUK PEMIMPIN SEKUTU APCO MAKAN ANGIN LAJU SAJA BELANJA ! RAKYAT DIDAHULUKAN !

Unknown berkata...

Gara-gara isu kewangan akan menimbulkan sebuah masalah yang ganggu fokus pelajar tambahan bagi pelajar yang sedang menghadapi subjek2 killer pada semester yang hampir di penghujung.