6 Feb 2011

Mahu Kembali Ke Mesir Kejar Impian Jadi Doktor

Sepang: “Saya tetap akan pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran. Kejadian ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk bergelar doktor,” kata pelajar perubatan Universiti Alexandria, Aryaa Eeleena Kamarul Lizham, 19.

Gambar: BERSYUKUR... Alyaa Eleena dicium kedua-dua adik selepas selamat tiba di KLIA, semalam.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak terlalu risau dengan keadaan itu kerana senario berkenaan biasa berlaku di sekitar kediamannya.

“Hidup di Mesir memang mencabar, kita hanya perlu berhati-hati, saya selalu melihat kejadian gaduh guna parang, baling botol dan pijak kepala hingga berdarah.

“Namun itu perkara biasa di Mesir, sebab itu saya tak serik untuk meneruskan pengajian di sana,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Aryaa Eeleena tiba di tanah air bersama rakan sekelasnya, Siti Najwa Khamsul, 19 kira-kira jam 2 petang menerusi penerbangan Etihad Airways. -hm

Tiada ulasan: