6 Feb 2011

Harta Mubarak US$70 Billion - Hasil Rompakan Harta Milik Rakyat Mesir

Kaherah - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Gambar: Gamal Mubarak (kiri) dan ayahnya, Hosni Mubarak (kanan)

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

Ulasan GB

Kita perlu tahu dan siasat juga harta sebenar PM dan TPM Malaysia!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebelum siasat PM ngan TPM..siasat dulu DSAI al juburi tu...mana dia dpt duit utk menaja pilihan raya yang lepas..

jangan sedap mulut....!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Selepas mendapat tahu jumlah aset Hosni Mubarak, kita rasa mereka akan berusaha lagi untuk jadi kaya macam itu.

Waris berkata...

Itu kisah pemimpin umno mesir. Mcm mana kalau didedahkan tentang kekayaan pemimpin umno malaysia? Aku rasa ramai juga yg billionaire.

mtgbertam berkata...

Bukan PM & TPM saja, semua pemimpin-pemimpin UMNO dari bahagian sampai ke menteri2, semua kena siasat.

Ketua bahagian semestinya jutawan. Timbalan menteri, menteri2, keluarga terdekat semua mendapat tempias kekayaan negara.

Tanpa Nama berkata...

Itulah sebabnya mengapa semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional khasnya UMNO Baru begitu takut kalah dalam pilihanraya.

Biar berkecai daging dengan tulang namun Putrajaya akan tetap dipertahankan...? kah..kah..kah...!

Setiap hari pemimpin UMNO Baru berkempen agar sokong mereka adalah supaya kita semua lindungi kesalahan mereka dan selamat kan mereka dari didakwa kesalahan yang telah mereka lakukan.

Sebagai umpan mereka bagi kita sedikit rasuah sebagai gula-gula pemanis mulut agar kita jadi pengampu dan selalu membodek supaya dapat lagi rasuah dari mereka.

Mereka curi lagi, mereka zalimi kita lagi dengan kenaikan harga barang.... kita sudah lali, sudah leka dan kita sudah lalai.... biarkan... asalkan dapat sedikit rasuah.... persetan dengan orang lain.

Kumpulan pengkhianat ini ada dimana-mana berselindung disebalik nama NGO, sebelum kita berhadapan dengan polis..... kita mesti belasah mereka sehingga pupus dulu..!

Tanpa Nama berkata...

kalau kita rajin mencari hadis berkaitan ahir zaman kita pasti jumpa dengan satu hadis nabi saw yang bermaksud: pengkianat dikatakan amanah dan orang yang amanah dikatakan kianat. kalau kita perhatikan sinario yang berlaku sekarang memang tepatlah apa yang disabdakan oleh jujungan kita 14 kurun yang lampau,selagimana pemimpin yg ada hari ini bijak menyelewin harta negara selagi itulah bertambah ramai orang yang menyokongnya.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia wajar tubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja Bebas dan Khas untuk meneliti,mengkaji dan mengumpulkan maklumat tentang harta dan kekayaan yang dikumpulkan oleh semua pemimpin UMNO/BN dalam dan diluar negeri.Pemimpin-pemimpin ini termasuk yang sudah bersara dan juga yang masih berkuasa.Suruhanjaya DiRaja ini dilengkapkan dengan "kuasa" untuk mengheret yang bersalah kemahkamah pengadilan.Apa macam Najib? Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Pasal tu UMNO sekarang tengah meracun minda org-org Pas agar memburukkan parti PKR bila kalah di Tenang. tak sedar sebenarnya kalah atas salah sendiri. Jangan mimpi la nak pecahkan dacing BN selagi tak dapat bantuan dari DAP & PKR dgn izin Allah. Silap-silap PRU13 Kelantan milik UMNO.