18 Feb 2011

BN Rampas, PR Beri Tanah - Taib Azamuddin

BN Rampas, PR Beri Tanah – Taib

PAS Miri telah mengadakan lawatan kebajikan ke rumah panjang di pinggir bandaraya Miri pada minggu lalu yang turut disertai YB Taib Azamudin, Ahli Parlimen PAS Baling dan Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib .

PAS Miri diketuai sendiri YDP PAS Kawasan Miri ,Tuan Haji Jofri Jaraiee telah disambut mesra oleh Tuai Rumah dan penduduk setempat.

Sebanyak 2 buah rumah panjang dilawati terdiri 120 buah pintu. Walaupun terpaksa meredah hujan dan jalan yang sukar dek kerana pembangunan infrastuktur yang amat teruk,PAS Miri tetap bersungguh untuk menyampaikan mesej PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di Sarawak.

YB Taib dengan tegas menerangkan kejayaan PAS dan Pakatan di Kedah dalam melaksanakan program Tanah Untuk Rakyat sedangkan di Sarawak,BN telah merampas hak rakyat.

Kebanyakan penduduk cukup terharu dengan kunjungan mesra PAS Miri dan rakan Pakatan dan memberi jaminan akan membuat perubahan penting demi menjamin kesejahteraan hidup masa hadapan mereka.

Untuk rekod salah sebuah rumah panjang terdiri dari mangsa kebakaran Rumah Panjang asal mereka pada 2009 ,namun masih belum mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan BN. -sarawakupdate

Tiada ulasan: