18 Feb 2011

ADUN Ponteng Kekal, Perlembagaan Tercampak Ke Longkang

Mahkamah: Badrul Hisham masih ADUN Pelabuhan Klang

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang, dan membatalkan pengisytiharan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Hakim Zaleha Yusof menerima hujah berdasarkan kepada saman pemula Badrul Hisham dan memutuskan bahawa pengisytiharan kekosongan kerusi tersebut adalah tidak sah.

Teng mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu pada 19 Januari lalu.

Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.

Gambar kanan: Hakim Zaleha Yusof.

Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.

Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.

Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said. -mk

Ulasan GB

Perlembagaan dengan jelas mencatatkan berikut:


Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970


Kita lihat pencabulan doktrin pengasingan kuasa jelas berlaku pada hari ini.

Di dalam kes Speaker Perak, Sivakumar vs Ganesan, Hakim telah menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. Bahkan lebih malang, Panel tiga hakim itu juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Kes ini sebenarnya dirayu dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Di mahkamah tinggi, Hakim Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Di dalam kes Gobind Singh betapa kuasanya peruntukkan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan ini yang turut boleh dimana Gobind Singh Deo yang memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen selama setahun diisytiharkan batal dan tidak sah.

Dalam penghakiman kes itu, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen. Keputusan Parlimen ditegaskannya tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tiba-tiba hari ini hakim Zaleha Yusof dengan terang-terangan mencabuli Perlembagaan. Yang dapat dilihat daripada kesemua kes yang dibentangkan di atas ialah apabila ada kes yang melibatkan kepentingan UMNO, maka mahkamah akan memihak pada UMNO.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau begitu mahkamah pun megamalkan double standard juga.

Awanama berkata...

Hakim tu mungkin dipaksa. umno berasa confident prk Merlimau dan Kerdau. Kalau berlaku prk Pelabuhan Kelang kemungkinan umno bungkus dan sekali gus merosak image najib untuk istihar pilihanraya negara.

Awanama berkata...

Wahai hakim-hakim 'melayu' & 'islam', tahukan kamu 2/3 dari golongan kamu akan dihumbangkan ke dalam neraka dek kerana keputusan yang kamu putuskan itu? Fikir2kanlah...