8 Feb 2011

Bidas Kerajaan Pulau Pinang Yang Dulu, Bukan Sekarang

Pulau Pinang dibidas gagal kawal aktiviti sukan air

GEORGETOWN: Polis membidas kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa gagal mewujudkan undang-undang tempatan bagi mengawal aktiviti sukan air di kawasan tumpuan pelancong terkenal di negeri ini, terutama di Batu Feringgi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kerajaan negeri seharusnya bertindak proaktif dengan mewujudkan peraturan sejak dulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri sepatutnya bertanggungjawab menangani isu berhubung keselamatan pengunjung apabila ia membabitkan aktiviti sukan air di sini, dan bukannya meletakkan tanggungjawab itu kepada polis semata-mata.

"Saya tak faham kenapa pihak polis pula yang dikaitkan apabila berlakunya kemalangan yang membabitkan aktiviti sukan air. Polis hanya bertindak mengikut undang-undang yang diperuntukkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ayub diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang mendakwa kerajaan negeri menerima aduan bahawa wujudnya aktiviti penagihan dadah di kalangan budak pantai yang mengendalikan jet ski dan aktiviti sukan air di Batu Feringgi.

Guan Eng membuat kenyataan itu pada sidang media sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini, semalam.

Ketua Menteri berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan polis dan kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bersama agensi penguatkuasaan lain untuk membincangkan perkara berkenaan.

"Saya sudah menghubungi Ketua Polis Negeri (Ayub) dan mengesyaki wujudnya aktiviti penagihan dadah di kalangan pekerja yang mengendalikan perniagaan jet ski.

"Saya akan mempengerusikan mesyuarat bersama polis bagi membincangkan aktiviti sukan air di Pulau Pinang dan berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap pengusaha yang melanggar undang-undang," katanya.

Ulasan GB

Kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kerajaan negeri seharusnya bertindak proaktif dengan mewujudkan peraturan sejak dulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan sepastinya merujuk kepada kerajaan sebelum Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang iaitu di era BN dibawah Koh Tsu Koon?

Kenapa Polis mesti bidas kerajaan Pulau Pinang yang ada hari ini?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis bidas kerajaan sekarang ni, pasal kerajaan sekarang ni pon tak buat perubahan atas kerosakan yang dibuat oleh kerajaan dahulu.

Dah kerajaan dahulu buat kerosakan, kerajaan sekarang betulkan la. Dah nak masuk 3 tahun.

Rakyat nakkan perubahan, tapi hampir 3 tahun, caranya masih macam kerajaan dahulu.

Asal ada masalah, kerajaan dahulu salah, abis tu dah dua tahun perintah apa perubahan yang dibuat ??

Apa guan pengundi tukar kerajaan kalau tak buat apa-apa dan asyik salahkan orang lain ?

Tanpa Nama berkata...

polis nak lepas tangan la tu....

Farahanani Amhazali berkata...

tak faham..

apa kaitan antara undang2 sukan air dgn penyalahgunaan dadah?

dah kalo guna dadah tu..

guna je la kanun keseksaan 302 ke apa yg pasal dadah tu..

kalo sukan air.. mesti la yg berunsur kesukanan.. wajib pakai safety helmet ke.. shin guard.. ankle guar ke.. x boleh guna enjin jet ski x ori ke apa..

adeh.. tau la aku jahil undang2.. tp polis ni tak logik kot cakap camtu..