8 Feb 2011

Israel Gembira Omar Suleiman Ganti Mubarak - Wikileaks

WikiLeaks: Naib presiden Mesir rapat dengan Israel

Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya.

- AFP/mk



Ulasan GB

Di Malaysia, jangan lupa Menteri Pertahanan Malaysia pernah menemui Ehud Barak, dan beberapa hari lepas diumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM6 Billion untuk membiayai kos kapal laut.

Sesuatu yang perlu diberikan perhatian serius ialah samada APCO Worldwide yang menjadi perunding untuk 1Malaysia ada terlibat di dalam "dealing" tersebut atau pun tidak..

Dan yang penting ke negara mana sebenarnya RM6 Billion itu pergi?


Tiada ulasan: