8 Feb 2011

Dipukul, Dirogol Dan Dicampak Di Tepi Jalan

Seremban: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu. Gambar fail

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital. Gambar fail

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.-HM

5 ulasan:

Art Pokon berkata...

Sudah tiba masanya kita kena kembali kepada undang Islam...sudah nazak dah masyarakat kita....

Tanpa Nama berkata...

kalau no1 pun "...." apa lagi rakyatnya....

Tanpa Nama berkata...

mangkuk betul ler...ada ke patut kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

mangsa dlm keadaan kritikal = dah nak mati. Kalu cubaan bunuhkan sesuai.

zuraimi berkata...

lagi dipermaikan hukum Islam lagi teruk...jenayah yg berlaku....

sepertimana hubungan seks yg menjadi kebanggaan rakyat eropah kini sudah menjadi budaya masyarakat malaysia...

kini jenayah yg sering berlaku di eropah juga mula menjadi budaya di malaysia...

sebabnya... tolak Islam dan permainkannya... tidak kah itu bala dan kita semua menerima tempiasnya....

Allah...

Tanpa Nama berkata...

bila disebut hudud dikaitkannya dengan pas inilah membuat umno patang maklaikat 44 mendengarnya,ada dikalangan umno yang mengatakan biar.........mati masok neraka nak pangkah pas dak sekali!.