13 Dis 2010

Lee Kuan Yew Percaya Anwar Meliwat - Ulasan GB

Singapura percaya Anwar meliwat

Singapura - Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menurut kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan laman web WikiLeaks semalam.

Menurut agensi berita AFP, kabel diplomatik itu bertarikh November 2008 dan maklumat tersebut dibocorkan laman web WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia.

Akhbar The Sun-Herald di Australia semalam menyiarkan maklumat itu berdasarkan apa yang diberitahu Kuan Yew kepada Pejabat Penilaian Kebangsaan (ONA) yang merupakan agensi perisikan Australia.

Menurut kabel diplomatik itu: "Australia menyatakan bahawa perkhidmatan perisikan Singapura dan (bekas perdana menteri) Lee Kuan Yew telah memberitahu ONA dalam pertukaran (maklumat) mereka bahawa Ketua Pembangkang, Anwar pernah sesungguhnya melakukan perlakuan yang dia kini dituduh."

Kabel itu menyatakan bahawa pemerintah Singapura membuat rumusan tersebut berdasarkan "risikan teknikal".

Akhbar Australia melaporkan risikan teknikal itu berkemungkinan maklumat yang diperoleh daripada aktiviti memintas komunikasi.


...Dalam kenyaatan dikeluarkan lewat petang ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.

“WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

“Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.

“Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee dan agensi perisikan negara itu,” katanya.

Saifuddin berkata, laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau dalam Asean, Jepun, China dan India.

“Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta,” katanya lagi.... petikan dari TMI


Ulasan GB

Saifuddin sebenarnya cuba menafikan pendedahan itu, dan cuba bertindak menjadi pakar internet atau tidak mendapat maklumat yang betul dari penasihat ITnya apabila mengeluarkan kenyataan "operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya."

Sebenarnya, fungsi wikileaks sama seperti Wikipeadia, diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Di bawah lesen ini memanglah sesiapa pun boleh menghantar maklumat, dan jika maklumat itu tidak benar atau tidak tepat, sesiapa juga boleh menyuntingnya kembali sehingga "fakta sebenar" ditemui.

Hal ini samalah dengan apa-apa juga bahan yang dikeluarkan di bawah GFDL seperti sistem operasi dan perisian-perisian komputer yang kita gunakan seperti Linux Fedora, Ubuntu, Firefox, K-Meleon dan lain-lain di mana sesiapa juga boleh "menyumbang" ke arah perbaikannya.

Ini menunjukkan Saifuddin dan PKRnya sendiri yang tidak faham mengenai tatacara Wiki beroperasi tetapi cuba bertindak sebagai golongan yang mahir mengenainya.

Amerika Syarikat sendiri terpukul dengan pendedahan WikiLeaks dan begitu juga negara-negara barat yang lain sehingga pengasas WikiLeaks, Julian Assange telah ditangkap.

Seandainya maklumat yang terkandung di dalam WikiLeaks itu 100% tidak benardan jika Wikileaks hanya merupakan kenyataan-kenyataan rekaan, nescaya pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri tidak memperdulikan pendedahan yang ada di dalam WikiLeaks dan membiarkan Julian Assange meneruskan kegiatannya.

Soalnya kenapa Amerika Syarikat sendiri takut dengan pendedahan itu?

Justeru itu, pendedahan Wikileaks tidak 100%nya palsu apatah lagi isu tersebut dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dunia yang sepastinya maklumat yang diperolehi adalah maklumat yang ada asasnya dari risikan-risikan teknikal.

Percaya atau tidak mengenai maklumat di Wiki, bergantung kepada faktor masa di mana setiap detik maklumat itu dikemaskinikan sehinggalah maklumat sahih akhirnya terdedah.

Saifuddin dan PKR sepatutnya meniru sikap Presiden Iran, Ahmedinejad yang sekalipun Raja Arab Saudi menyatakan bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: “Potong saja kepala ular itu”, namun bagi Presiden Iran ia tidak lansung gusar atau ambil berat terhadap pendedahan Wiikileaks tersebut, malah ia sekadar menganggapnya perang psikologis melawan Iran.

Malah hubungan Raja Arab Saudi dan Ahmedinejad terus intim sekalipun cuba digoyahkan dengan pendedahan maklumat di Wikileaks.

Najib juga terkedu dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya. Tetapi Najib mengambil sikap mendiamkan diri. Malah Saifuddin sendiri mengakui:

"Jika tidak katanya, Najib sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.".

Persoalan kini kenapa Saifuddin dan PKR pula berhempas pulas menolak dakwaan Wikileaks jika sudah diketahui peranan WikiLeaks adalah di bawah perlesenan GNU?

Seperti GB nyatakan di atas, sebuah browser Firefox yang dilesenkan di bawah GNU, akan sentiasa mengalami improvisasi hasil sumbangan orangramai yang berpakaran di dalam bahasa pemprogramming sehingga akhirnya ia menjadi browser yang mantap untuk digunakan, itu pun akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

Ternyata golongan yang mempertikaikan Wikileaks golongan yang tak berfakta mengenai Wiki dan internet, tetapi sekadar menegakkan benang basah dan tidak berilmu mengenainya.


29 ulasan:

Awanama berkata...

sokong 100% ulasan GB.

jika x benar kenapa dilayan?

Mesti ada apa-apa lah tu, tu sebab pkr beriya-iya menafikan.

Nampaknya tembelang Anwar dan PKR semakin banyak terdedah. Menipu dan terus menipu. Tak layak untuk menejayui Pakatan Rakyat.

LeeZ berkata...

Kalau tak komen, cakap takut... bila komen, cakap... nak sembunyi benda... so how??? kalau dh tak suka tu, tak suka je la kan... tak sangka blog ni dh makin hina...

Awanama berkata...

Hari-hari berlalu, Anwar dan PKR semakin hina...

Penipuan semakin nyata, liwat semakin nyata.

Awanama berkata...

Dah dekat pilihanraya...macam2lah yang keluar..Sesungguhnya Singapura dan Yahudi amat takut jika Pakatan Rakyat memerintah M'sia.

Jika BN terus memerintah M'sia senang sangatlah M'sia di Cucuk hidung..ikut telunjuk Yahudi.

Tali kenapa tiada komen tentang Najib dan Altantuya...sedangkan Najib pernah menghadiri pameran berlian di sana bersama Altantuya...Kenapa tiada pendedahan dari Singapura...pirahhh...

GB jangan mudah terpedaya dengan mainan politik orang2 sesat Yahudi ni.

Awanama berkata...

Setuju...PKR patut buang Anwar dan Azmin dan Azizah terus dr PAKATAN. PKR boleh terus hidup tanya scandal dan rakyat pastinya boleh kembali menyokong jika 3A ini tiada. Amerika yg digeruni pun boleh takut pada wikileak inikan pula kes Anwar ahahahaha, hairankan kes sekangkang kera berita nasional rupanya ada jugak negara yg berminat nak pintas secara rahsia dan ingin mengetahui siapa itu Anwar?

Rakyat pula dah lah sekolah pas SPM cukup makan otak berkarat pula mengaku dan percaya bulat bulat cerita penipuan Anwar. Itulah anwar ni patut dr awal tutup mulut rapat-rapat dr tahun 90an lagi, tak payah pergi ke hulu ke hilir dlm negara cerita kes liwat pada rakyat begitu jugak ke luar negara yg mungkin boleh terima gay, lesbian, main belakang main depan, tp wang adalah segala galanya, pijat atas tilam pun orang sanggup buat apa saja, inilah zaman Sains dan teknologi kenapa kita kena faham dan sedar peranan IT ni. Mcm tak pernah tgk filem Amerika satelit luar bumi pun boleh pintas serta tahu mana kita pergi. Perbuatan Anwar mmg telah makan diri sendiri, dlm isu ini kita tidak boleh salahkan K'jaan 100%. Tanya tuan punya diri baru salahkan mangsa dan K'jaan. Tak payah nak politik dan cover seorg nama Anwar.

Aku dah lama sedar dan percaya bahawa Saiful adalah mangsa, dan aku tak mahu buang masa aku dgn pakatan yg byk bercakap, perosak minda dan harta awam serta merosak otak pelajar terutama pelajar melayu yg satu masa nanti bakal lingkup dan tak punya kerja akibat gila nak ikut pemimpin buat demo. Kalau kaum lain berjaya dan punya pekerjaan heheheh jgn marah ye. Tanya diri sendiri dan nilai diri sendiri brp perkara baik kita buat dan brp perkara tak baik kita buat lepas tu bakinya baru salah org lain. Nak berak kencingp un kena bayar 50sen, inikan pulak janji pru12 hempeh haram jadah tak pun tertunai, buat janji dgn budak umur 2 tahun ok laa...ini org tua, malah budak 4 tahun pun tahu atau merajuk kalau mak bapak tak tunai janji...ok laa.. malah cakap bab pakatan...bekas cinta lama..

Awanama berkata...

PAS perlu ambil alih teraju Pakatan Rakyat.

Rakyat kian bosan dengan skandal Anwar dan penipuan PKR di dalam pemilihan - malah menipu PAS dan DAP semata-mata untuk mendapat kerusi yang banyak semasa PRU yang lepas.

Anwar menyangka beliau bakal jadi PM. Tapi takkan berjaya. Anwar hendak menipu Tuhan, sama seperti dulu, hanya selangkah lagi untuk jadi PM, Anwar pasti dikalahkan Tuhan.

Awanama berkata...

PR hancus jika Anwar dan Azmin terus pimpin PKR.

Awanama berkata...

Kepada LEEZ, Salaam
Blog ini bukan semakin hina, cumanya kebenaranan tetap kebenaran. Ulasan GB mmg bernas. Berpijaklah pada kenyataan dan kebenaran. Mungkin doa Saiful sikit demi sedikit dimakbulkan Yang Maha Kuasa. Aku sendiri semakin meragui Anwar, sedangkan dulu penyokong tegar Anwar.

Awanama berkata...

Kepada LEEZ, Salaam
Blog ini bukan semakin hina, cumanya kebenaranan tetap kebenaran. Ulasan GB mmg bernas. Berpijaklah pada kenyataan dan kebenaran. Mungkin doa Saiful sikit demi sedikit dimakbulkan Yang Maha Kuasa. Aku sendiri semakin meragui Anwar, sedangkan dulu penyokong tegar Anwar.

belalang berkata...

he.he..(gelak dlm nada sinis)!!!

boleh dikatakan terutama puak dan arisan PKR serta juak2nya menuduh isu "leaking fluid" oleh wikileaks di konduktor oleh UMNO/BN melalui PAP singapura seterusnya ke Australia dan entah kemana2 benua antah berantah lagi.

kalau difikir ramai juga org melayu hebat yg boleh memperkudakan bangsa asing.

dulu tu ingat anwar seorg sahaja yg hebat boleh kudakan benggali, cina, arab dan mat salleh.. rupa2nya tinggi pucuk tinggi lagi langit hee.. (gelak menghina)

Anwar mencari sokongan di merata benua dikatakan utk mendapat kebenaran.. bila dinyatakan dan disebarluaskan fakta dikatakan fitnah dan ada pakatan jahat.. CISS kalau betul fitnah apa lagi saman lah kerajaan singapura juta2.

ADA BERANI?

Independent Malay berkata...

Askm Sdra,saya ada satu laman alternatif US/barat yg menyelidik macammana Assagne ini bolih pergi mana2 & dapat access ke tempat2 sensitif.Pendedahan dia pun tentang Iraq adalah perkara lama yg ramai orang yg dah tahu.Mereka menganggap dia ni CIA operatif! Sila ke 'Brasscheck TV'.Anda bolih juga subscribe free & terima video2 terbaru dgn e-mail.

Awanama berkata...

Kes Altantuya pehhh aku percaya kalau benar scandal ni pun masuk wikileak kalau IT depa boleh godam masuk habis kena londeh. Ala setakat hang nampak aku shakehand dgn pelacur tu kira aku ada scandal aaa pooodah cheh puihh..gambar superimpose pun nampak sgt badan dgn muka dicantum smcm punya senget beb...

Mai kita semua buat demo tolak 3A ini. buang masa dan menyusahkan rakyat, yg cukup gembira DAP terutama Karpal dari dulu lagi dah terang2 dia kata ANwar patut bertaubat, habis karpal cerita kes Anwar kat Lee Kuan Yew, sbb DAP same group of company jadi mahu tak mahu bila dah duduk semeja habis cerita Karpal buka pada Kuan Yew, semua jawapan buruk baik di tangan Karpal.

Karpal singh kat penang sapa tak kenal dia, walaupun MP DAP tapi senyum dia manis, rilex cool tp bila ada org naik tocang pijak ekor time tu baru org tau sapa Karpal, less talking less scandal MP. Salute Karpal...

Awanama berkata...

salam.... pendedahan wikiitu mungkin benar... tapi isunya singgapura hanya percaya anuar meliwat... itu bukan memberikan apa2 bukti bahawa anuar meliwat.... hanya percaya samalah seperti juak2 amco yang hanya percaya dan berkonspirasi.... adakah tuan gb juga percaya sama seperti mereka yang boleh diketegorikan memfitnah kerana tiada bukti dan perbicaraan yang berat sebelah... sama2 lah kita bermuhasabah kerana saya lihat tuan gb seakan-akan menyukong fitnah ini... wassalam....

Awanama berkata...

mcmne GB boleh turn over ek? adakah sbb PR x sponsor bloggers? aku cume nak kepastian n x nak tuduh bukan2... semakin hari blog GB dah pro ke UMNGOK... mencari dan mendedahkan kelemahan PR dengan berita yang lom tentu benarnya... selain dr tu citer dlm paper pasal eksiden, bunuh etc... x de dah citer kelemahan UMNGOK.. pelik? ke mmg dah terbalik hati GB.. kalau ye, mengakulah dgn ikhlas supaya kami tidak tertipu... ade brani ka? wakaka kompom x berani.... wakakaka

Unknown berkata...

GB cuma dedahkan kebenaran berdasarkan doa GB setiap hari:

"Allahumma, tunjukkan kami kebenaran itu kebenaran dan bawalah kami untuk mendekatinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan dan bawalah kami untuk menjauhnya".

Kepada yg tak berpuashati, sila baca doa yang sama. Jangan menjadi seperti si lembu yang bebal, mengagungkan dan mendewakan manusia berlebihan sehingga tertutup pintu kebenaran.

Bukankah Allah itu Al-Haq dan Dia Yang Menentukan kebenaran?

Kepada yang memfitnah GB, GB hanya mampu berserah kepadaNya .. hasbiyallah. Semuga dihukum sekeras-kerasnya.

Awanama berkata...

Salam,
Tolong siar kan links di bawah ini...PENTING untuk orang ramai, supaya kita tidak telan bulat2 berita dari Wikileaks. Jangan lupa ini Akhir Zaman, Dajjal dan kuncu2 nya suka berbohong dan menupulasi (DECEPTION)maklumat dan berita.
TQ.

VIDEO
Wikileaks: Brought to you by the CIA
http://www.brasschecktv.com/page/988.html

VIDEO
Is WikiLeaks A CIA Operation? 1/3
http://www.youtube.com/watch?v=brGAgrxscOg&feature=relate

Is WikiLeaks A CIA Operation? 2/3
http://www.youtube.com/watch?v=IAcR8bqVnIk&feature=related

Is WikiLeaks A CIA Operation? 3/3
http://www.youtube.com/watch?v=YDrDWQda00o&feature=related

If We Lose our Internet Freedoms Because of Wikileaks, You Should At Least Know Why
http://globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=22371

Wikileaks - A Big, Dangerous US Government Con Job
http://www.rense.com/general92/lks.htm

SINGAPORE...HA HA HA..."ONE OF THEM"...JUST LIKE THEIR BIG BROTHER (USA).. THE SATANIC ILLUMINATI NWO / NEW WORLD ORDER.

Awanama berkata...

saya setuju dgn akhi GB.
sekalipun kita benci BN, jgn pula kita seperti mereka, mendewakan pemimpin. Kita wajar menegur pemimpin yang salah sekalipun dengan mata pedang.

lim penang berkata...

Gerammmm aih.. aku nak tanya bila Anuar nak pi Mekah buat haji menangis depan Kaabah minta Allah tunjuk bahawa dia tu tak tuttttt....
Rasa macam LORD GARAM ada betul gak !

husnul_dzan berkata...

Saya berharap sdr GB tidak mempercayai apa-apa pun berita dari mana2 pun terutama dari org2 yg fasik dan tidak menghukum anwar dlm isu liwat selagimana tiada pembuktian yang sahih dari sudut syarak. Ini adalah kerana menuduh seseorang berzina atau liwat walaupun mungkin sipelaku tersebut melakukannya, tetapi selagimana kita tidak dpt membawa bukti2 yg jelas dan saksi2 yg benar, maka takut kita akan tergolong dalam golongan yang berdusta dan fasiq. Saidina Ali sendiripun tidak berani utk menghukum seorang Yahudi yang mencuri baju besinya walaupun memang benar itu adalah baju besinya, tetapi oleh kerana beliau tidak dapat mengemukakan saksi, maka kes tersebut dibatalkan. Kalaupun anwar melakukan perkara terkutuk tersebut, maka biarlah Allah menghukum akan perbuatannya di akhirat kelak. Bukan tugas kita utk menghukumnya apatahlagi anda sendiri pun tidak ada bukti melainkan sangkaan dan andaian2 jahat semata! Bukankah sangkaan jahat itu adalah dari syaitan?

Qatadah berkata...

ujian yg ditimpa kpd DSAI adalah dr Allah.. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Wahbah Zuhaili tidak setuju dgn penghakiman ini. Siapakah kita yg perasan dgn doa, seolah betul semua tafsiran dan cukup semua ibadat.

Ingat, ada dikalangan manusia yg hidupnya x pernah mendekatkan diri kpdNya, namun di akhir hidupnya dia tergolong di kalangan hambaNya.

Hanya sesaat terleka, wlupun kita sntiasa melakukan ibadat, namun bukan mustahil dgn sesaat kita leka, kita bukan hambaNya lagi.

Jika ada yg mendewa-dewa, hindarilah..

Jika ada yg rasa dh cukup alim, hati2lah.

Jika ada yg ingin memberi peluru kpd musuh, fikir2lah..

Baca sejarah..

Awanama berkata...

berita dari orang kafir, iblis, syaitan dan orang fasiq, siasat dahulu sebelum terima, kalau kita orang benar-benar beriman....

Awanama berkata...

Qatadah, perbuatan Anwar itu sendiri yg memberi peluru kepada musuh.

Pepatah menyatakan: tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata.

Contoh paling nyata sekurang2nya dua:

1) Kes penipuan di dalam pemilihan PKR dimana Anwar dilihat terlibat secara lansung "mengatur" mereka yang dikehendaki berada di dalam pimpinan

2) Pengumumannya bahawa Lim Kit Siang akan dilantik sbg TPM, tanpa terlebih dahulu dipersetujui oleh semua pihak di dalam Pakatan Rakyat. Apakah PAS selama ini tidak berperanan di dalam PR sehingga belum apa-apa beliau sudah menamakan TPM dari DAP?

Terbukti Anwarlah yg merupakan pemimpin paling keji apatah lagi jika beliau berpeluang menjadi PM.

Beliau tergamak untuk menipu PAS, menipu TGNA, menipu Hadi.

Awanama berkata...

Nak tuduh orang zina & liwat, nak cakap orang zina & liwat, nak hebah orang zina & liwat.. kena ingat islam ada hukum khazaf.. syarat2nya perlu dipatuhi.. saksi2nya perlu yg tidak fasik.. saksi2 yang betul2 melihat seperti melihat masuknya benang ke dalam lubang jarum.. kalau xnampak.. xperlu la nak dihebah2kan.. zalim.. tunggu kat akhirat kelak..

insan berkata...

ingtlah fatwa yusof qardowi..sesiapa yg mnyebarkan atau mempercayai dan menceritakan fitnah ini tanpa bukti mengikut keadilan Islam maka dia boleh di jatuhkan fasik..fasik itu hampir2 dgn kafir!!(perisik2 luar byk menjatuhkan pemimpin yg x di sukai dgn fitnah yg direka2..)

pembicaraan seharus adil pada kedua2 pihak..bkn berat sebelah pd satu pihak..itu rakyat kena nampak!!!!

Unknown berkata...

kepada pendewa2 anwar baca semula tulisan GB sebelum ini.

Ini masalahnya bIla tak faham mengenai syariat Islam.

Empat orang saksi diperlukan apabila tertuduh TIDAK MENGAKU melakukan kesalahan (zina).

Di dalam keadaan dimana tertuduh jika mengaku ada melakukan zina atau liwat, maka hukum rejam dikenakan ke atasnya.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis tentang peristiwa seorang lelaki bernama Ma`iz al-Aslami yang telah mengaku berzina sebanyak empat kali (pengakuan) dalam empat majlis di depan Nabi s.a.w. Setelah Nabi s.a.w. memastikan Ma`iz memahami pengertian zina yang sebenar dan mengutuskan beberapa sahabat lain untuk memastikan beliau tidak cacat akal atau terlalu bodoh, maka Nabi s.a.w. jatuhkan hukuman rejam ke atas beliau.

Jadi yang utama ialah samada Anwar sudah mengaku atau belum. Sudah berkata Ya atau Tidak.

Itu yang GB perlu tanya, bukan terus-terusan tuduh atau terusan-terusan tolak.

Soal Saiful, RahimI dll terima duit untuk buat pengakuan, itu hal dia. Biar dia bertanggungjawab. Malah kalu dia tokok-tambah sekalipun, dia yang bertanggungjawab.

Bagi GB, yang penting ialah Anwar sendiri, jika dia berkata YA, maka patut teruslah beliau dihukum. Jika dia berkata TIDAK, maka barulah perlu qazaf dengan 4 orang saksi yang tsiqah.

Jika Anwar berkata BENAR, maka terlepaslah dia dari siksaan di "sini" dan di "sana". Jika dia berdusta, di "sini" mungkin terlepas, tetapi tidak di "sana".

Itu kepentingan untuk TIDAK BERDUSTA.

Unknown berkata...

GB juga pernah menulis begini:


GB pernah menyatakan begini:

Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza. Ramai yang keliru sehingga perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan tiba-tiba bertukar menjadi perjuangan menegakkan Anwar dan kroninya.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi.

Namun sekalipun Yahudi itu terlepas, ini tidak bermakna Yahudi itu perlu disokong. Islam tidak menyokong Yahudi berkenaan tetapi melepaskannya kerana tiada saksi yang dpt ditampilkan oleh Saidina Ali sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali.

Perbuatan "salah tetap salah" sekalipun di dunia mungkin terlepas.


Jika sistem kehakiman itu yang tidak adil, maka sistem kehakiman yang adillah yang kita perjuangkan, bukan Anwar yang perlu diperjuangkan.

Oleh itu kita jangan keliru.

Awanama berkata...

Peribadi Anwar memang buruk. Tak ingatkah kita beliau menari dengan seorang wanita bukan muhrim semasa pilihanraya kecil Ijok?

Itu baru sedikit Allah dedahkan.

Awanama berkata...

GB KAFIR, TAK BERIMAN...PAKATAN RAKYAT TAK SPONSOR GB DAH NAK JADI PELACUR MURAHAN....

FUHH..LEGA RASANYA DAPAT MAKI GB LAHANAT!!! TAK SIAR KOMEN AKU PUN TAK PA JANJI HATI ADA RASA....

PUKIMAK PUNYA GB...DAH JADI TALI BARUT UMNO.... JAHANAM GB...JAHANAM PEMIMPIN PAS MCM GB PUNYA PERANGAI.

Awanama berkata...

...apa lah korang ni....sekali amerika bergendang,waktu itu lah korang menari.....cuba selidik dahula siapa yang cakap, dimana salah betulnya.janganlah main tembak je...atau main puji je. tak kurang yang berpendirian macam lalang.tapi saya tetap sokong ulasan dan pendirian GB. BENARLAH KAMU WALAUPUN IANYA PAHIT,