13 Dis 2010

Dunia Sokong Assange, Demonstrasi Diadakan Tuntut Pembebasannya

Washington: Ribuan orang di pelbagai pelosok dunia mengadakan tunju perasaan aman untuk menyokong pengasas WikiLeaks, Julian Assange. Mereka mendesak agar Assange dibebaskan dari semua tuduhan. Para demonstrasi menyeru melindungi wartawan menulis tanpa tapisan.

Saat para penyokong WikiLeaks, menyatakan sokongan kepada Assange, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Sabtu di Washington, mengajak pemimpin dunia mengutuknya. Obama menyebut tindakan WikiLeaks ”menyedihkan”.

Rumah Putih mengatakan, Obama mengungkapkan komentarnya ketika bercakap telepon dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, Sabtu. Obama menyatakan ”penyesalan atas tindakan WikiLeaks. Kedua pemimpin tersebut sepakat bahawa hal itu tidak akan memengaruhi atau mengganggu kerja sama yang erat antara AS dan Turki”.

Percakapan dengan Erdogan amat penting bagi Obama kerana bocornya kawat diplomatik itu mengakibatkan hubungan Turki dengan AS agak terganggu. Pegawai, termasuk PM Turki, sempat memberi reaksi atas bocornya dokumen lewat WikiLeaks.

Harapan dan komentar serupa disampaikan Obama dalam percakapan dengan Presiden Meksiko Felipe Calderon, sahabat karib AS di Amerika Selatan.

Bukan ancaman tunjuk perasaan menyokong WikiLeaks dan pengasasnya, Julian Assange, pun diadakan di beberapa kota di dunia, seperti Barcelona dan Madrid (Sepanyol), Amsterdam (Belanda), Lima (Peru), Bogota (Colombia), Mexico City (Mexiiko), dan kota-kota lain di Australia, termasuk Sydney. Mereka yakin, dokumen yang disiar WikiLeaks bukan ancaman terhadap keselamatan negara.

Di Madrid, misalnya, massa menentang penahanan Assange, pengasas web pembocor kawat diplomatik AS, WikiLeaks, oleh pihak berkuasa England. Assange ditahan di London dan akan diekstradisi ke Sweden kerana kes tuduhan pemerkosaan.

”WikiLeaks berguna untuk masyarakat dan mendorong pemerintah bekerja secara telus,” kata David, seorang peserta demonrrasi, kepada BBC.

Para penunjuk perasaan di Amsterdam menyebut, penahanan Assange adalah bentuk sekatan yang menghambat kebebasan wartawan. Mereka menyeru kebebasan wartawan harus dilindungi. Internet juga dilahirkan untuk bebas berkata.

Dari Geneva, diberitakan bahawa pihak berkuasa sedang menyelidiki Postfinance, sebuah unit perbankan Swiss Post. Hal itu dilakukan setelah muncul berita bahawa akaun Julian Assange di bank itu juga ditutp.

Penyelidikan dilakukan untuk mengetahui, apakah Postfinance melanggar undang-undang tentang kerahsiaan perbankan Swiss. ”Kami sedang melakukan penyelidikan sehubungan dengan pernyataan Postfinance bahzwa telah dilakukan sebuah tindakan,” kata Hermann Wenger, seorang pegawai Switzerland di kawasan Bern-Mittelland, kepada harian SonntagsZeitung.

Jurucakap Postfinance, Marc Andrey, mengatakan, tidak ada pelanggaran undang-undang perbankan.





3 ulasan:

Awanama berkata...

kerajaan BN dan UMNO tentu tak suka sebab mereka yang memperkenalkan OSA

Awanama berkata...

Salam to all,
Kerajaan New World Order (NWO) yang di dalangi oleh gerakkan Illuminati Dajjal akan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menipu (deception) manusia di dunia ini. Wikileaks adalah salah satu daripada cara2 "deception" Illuminati Dajjal. So,amat penting untuk orang ramai mengetahui rancangan2 jahat NWO, supaya kita tidak TELAN BULAT2 berita2 dari Wikileaks, Mainstream Media (MSM) dan juga berita2 dari kerajaan2 yang bersubahat dan menyokong Dajjal untuk membentuk sebuah kerajaan baru "NWO" di dunia ini. Tahun 2011>2020 adalah tahun2 yang penting utuk kerajaan baru "NWO".

PLEASE VIEW THE VIDEOS BELOW "TO SEE THE BIG PICTURE".TQ

VIDEO
Wikileaks: Brought to you by the CIA
http://www.brasschecktv.com/page/988.html

VIDEO
Is WikiLeaks A CIA Operation? 1/3
http://www.youtube.com/watch?v=brGAgrxscOg&feature=relate

Is WikiLeaks A CIA Operation? 2/3
http://www.youtube.com/watch?v=IAcR8bqVnIk&feature=related

Is WikiLeaks A CIA Operation? 3/3
http://www.youtube.com/watch?v=YDrDWQda00o&feature=related

If We Lose our Internet Freedoms Because of Wikileaks, You Should At Least Know Why
http://globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=22371

Wikileaks - A Big, Dangerous US Government Con Job
http://www.rense.com/general92/lks.htm

SINGAPORE...HA HA HA..."ARE ONE OF THEM"...JUST LIKE THEIR BIG BROTHER (USA).. MEMBERS OF "THE SATANIC ILLUMINATI NWO / NEW WORLD ORDER".

Awanama berkata...

aku tak peduli sangat yang pendedahan yang lain, apa yang aku tunggu2 adalah kalau ada sapa2 yang tersebut pasai 9/11,

malang pelik dan aneh

takde satu dari beribu2 sebut pasal 9/11

hahaha

ajaib magik marvelusss

hahaha