6 Dis 2010

Isteri Dr Badrul Pengsan, Seorang Peserta Patah Kaki Kanan

Isteri Dr Badrul pengsan, peserta patah kaki

KUALA LUMPUR: Para peserta perhimpunan aman anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantah kenaikan tarif air hari ini dikasari oleh anggota polis sehingga ramai yang cedera, pengsan dan ada terlantar di hospital untuk menerima rawatan.

Di antara yang cedera dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur ialah isteri Dr Badrul Amin Bahron, penyelaras kempen anti kenaikan tarif air.

Isterinya, Zumrah Husni, 45 tahun, jatuh pengsan ketika cuba membantu seorang demonstran yang cedera di kaki.

Ketika dihubungi FMT petang tadi, Dr Badrul berkata, ketika kejadian kelam kabut itu berlaku, isteri saya cuba untuk menyelamatkan seorang lagi peserta lelaki yang kini turut berada di hospital akibat patah kaki.

Menurut beliau, isterinya masih dirawat di hospital dan masih dalam keadaan lemah.

Patah kaki kanan

Dr Badrul berkata, seorang peserta demonstrasi Azami Ismail berusia 51 tahun patah kaki kanan dan sedang di rawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Tambah Badrul Amin, pihaknya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Khalid ke Istana Negara tetapi sebaliknya bertindak kejam terhadap para demonstran.

"Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.

"Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.

"Tetapi secara tiba-tiba dalam proses bersurai itu polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari," katanya. -FMT

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat dah tak mahu kerajaan BN di Purtajaya, ganti kerajaan lebih adil

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat air, SPR juga perlu diperbetulkan