6 Dis 2010

Selepas Ibrahim Ali, Istana Kelantan Lucut Gelaran Ku Li

Penarikan balik berkuat kuasa Khamis lalu

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima, menarik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) serta pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang dianugerahkan kepada datuk saudara baginda, Tengku Razaleigh Hamzah, berkuat kuasa Khamis lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata Sultan Kelantan juga menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) serta pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang dianugerahkan kepada peguam Tuanku Ismail Petra, Dr Yaacob Hussain Merican, juga berkuat kuasa Khamis lalu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Istana Balai Besar, di sini, lewat malam semalam.

Hadir sama, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam penasihat Sultan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Aiseri berkata, kedua-dua yang terbabit dalam penarikan sudah dimaklumkan melalui surat yang diserahkan pada Jumaat lalu.

“Penarikan balik ini hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda, sama seperti penarikan balik darjah kebesaran sebelum ini, mengikut kaedah sama,” katanya.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan menarik balik anugerah dan darjah kebesaran empat individu termasuk gelaran Datuk kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ditanya sebab penarikan anugerah itu, Aiseri berkata, ia berdasarkan kenyataan Tengku Razaleigh dalam akhbar berbahasa China, Shin Chew Daily, bertarikh 14 September lalu.

“Antara kenyataan Tengku Razaleigh ialah kerana Sultan (Tuanku Ismail Pe-tra) masih ada dan tidak meninggalkan negeri melebihi setahun atau sukarela mengundur diri, jadi pengumuman pemangku raja sebagai raja adalah diragui.

"Penarikan Dr Yaacob pula disebabkan ucapannya semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober lalu, selain Tuanku Sultan ada sebab tersendiri yang lain menyebabkan penarikan ini dibuat baginda," katanya. -BH


SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN
KENYATAAN AKHBAR


Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut:

1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut.

Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

(DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI ALIAS)
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Bertarikh Pada: 28 Zulhijjah 1431H
Bersamaan: 5 Disember 2010


Ulasan GB

Tak nak ulas, GB tak der beban kini, takut-takut nanti batu di "galas".

tapi elok juga dibaca berita yang GB pernah siarkan pada 9 Okt 2010.

Maka, Tergoleklah "Lembu-lembu" Itu Disembelih Tangan Sultan Sendiri

Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat Ditemui Di Kelantan


3 ulasan:

lim penang berkata...

DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
( Tak kisah la walaupun aku orang Penang )

Awanama berkata...

Semua itu Qada' dan Qdar' daripada Allah Taala yang maha berkuasa terhadap hal-ehwal makhluknya. Allah s.w.t, mengangkat dengan memberi mulia, Allah s.w.t, juga boleh menjatuhkan dengan memberi hina. Kedua-duanya adalah ujian dan didikan daripada Nya.

Pandai bersyuikur dengan nikmat Nya, jadi mulia. Bersabar dan bertaubat lalu mengembalikan urusan diri kepada Nya juga menjadikan kita mulia semula. Hakikat mulia itu apabila Allah reda terhadap kita.

Tanda Allah Taala reda apabila hati kita semakin ingin hingga terlahir pada sikap dan perbuatan mentaati, syukur dan reda dengan ketentuan Nya. Allah hanya reda apabila kita meletakkan seluruh diri kita pada jalan Nya. Fahamilah surah Al-Fatehah yang dibaca pada setiap kali kira menyembah Allah, Tuhan kita bersama itu.

Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu. Kembalilah dan bergabunglah bersama orang-orang yang berusaha meletakkaan Allah s.w.t. dan Rasul Nya s.a.w, pada tempatnya semula. Nescaya anda akan kembali mulia dan insyaAllah, kemulian itu akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Berbuatlah. Allah Maha Menilai dan orang mukmin juga akan menilai dan mendoakan sama. Hidup dikandong syariat mati dikandong iman.

Tiada apa yang hilang dan rugi daripada kita apabila kita berebut untuk mendapatkan Tuhan.

Cumi Manzui berkata...

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Semoga Allah swt memanjangkan usia Tuanku dan merahmati Tuanku.
Semoga Tuanku sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin.