8 Nov 2010

Pegawai BTN Rasis Sekadar Digantung Tugas Dan Diberi Amaran

Pegawai kanan BTN digantung tugas, diberi amaran: Nazri

KUALA LUMPUR: Penolong Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman digantung daripada tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberi surat amaran, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, bagaimanapun tidak menyatakan tempoh penggantungan pegawai kanan BTN berkenaan.

Pada 9 Oktober lalu, Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menyiasat dakwaan kononnya seorang pegawai kanan BTN mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman pada satu sesi tertutup dengan Puteri UMNO.

Ulasan GB

Setelah berbulan siasatan, hanya itukah sahaja hukuman ke atas pegawai kanan yang rasis?

Kalau sekadar gantung tugas, gaji jalan, bererti maka gaji buta dari wang rakyat beribu-ribu sebulan.

Mengapa tidak didakwa di bawah Akta Hasutan yang selalu sangat dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang?

4 ulasan:

kadio manong berkata...

Aie memang itu le tindakannya pun. Abis takkan nak dibunuhnya pesalah rasis tu, lagi tak adil. Nak disalah deme seratus peratus mane boleh. Semua orang faham ngape deme jadi rope itu. Saje je buat tak faham.

Wanita Ini berkata...

Asal tak tahan dlm akta ISA sajer...

atexin berkata...

ok lah tu kena gantung tugas...sekurang2nya ada juga tindakan yang diambil....dari namewee tu...dah 2 kali buat hal, tapi masih takde tindakan pun....

Din Tok Diah berkata...

Namewee tu lain dia penghibur. Mamat ni boss BTN bukan penghibur ! Kategori tak sama.