18 Nov 2010

PKR Bergerak Ke Depan Atau Ke Belakang?

SUA: Selamat tinggal Zaid...

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan terus bergerak ke hadapan walaupun tanpa penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan akan keluar daripada parti.

Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi.

"(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)... Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.

"Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid).

"Untuk parti, kita akan terus mara ke hadapan," katanya dan menambah, beliau belum menerima surat rasmi daripada Zaid yang mengumumkan niat untuk berundur daripada parti itu pagi ini.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai penubuhan sebuah "parti Keadilan baru" oleh Zaid, Saifuddin menyifatkan tindakan itu sebagai satu perkembangan baik kepada politik negara.

"Ia meriah. Tetapi yang saya tahu, sudah ada parti politik baru dah ditubuhkan dan telah pun ada pemilihan untuk jawatan dalam parti itu...

"Tetapi saya tidak mahu mendedahkan parti apakah itu dan saya dapat tahu bahawa Zaid telah pun meletakkan orang-orangnya dalam parti baru itu," dakwanya seperti dilaporkan Bernama.

Zaid yang juga bekas menteri kabinat menyertai PKR pada Jun tahun lalu selepas meninggalkan parti Umno. -mk

Ulasan GB

Di dalam pilihanraya 2008 yang lalu, PKR memang telah menang banyak kerusi dengan bantuan jentera dan petugas PAS khususnya dan PR umumnya, hasilnya PKR mendominasi PR dengan kelebihan kerusi di Parlimen. Tetapi hanya setahun, dimana kerusi PKR susut apabila beberapa ahli parlimennya mengisytihar diri menjadi konsensus bebas.

Tindakan mereka melompat memang tidak beretika dan tidak bermaruah, tetapi kita perlu mengkaji SEBAB UTAMA mengapakah mereka bertindak demikian. Dan jawapan itu penting untuk mengelak lebih ramai mengikuti mereka, tanpa memperdulikan samada kita suka atau pun tidak.

Itu pun PKR mahu menujukkan mereka mempunyai sokongan sebagai parti dominan sedangkan bilangan kerusinya sudah tidak lagi dominan berbanding DAP.

Kemudian jangan lupa, di beberapa buah negeri, kemenangan PKR juga adalah hasil sokongan dan dokongan HINDRAF. Kini Hindraf sudah berpaling tadah. Begitu juga kekalahan Shamsul Bahrin (pengurus kempen Azmin) untuk pertahankan Ketua Cabang di Port Dickson adalah bukti nyata protes kaum India terhadap pimpinan PKR.

Di Galas, terbukti pengundi kaum Cina sebahagian yang dulunya pengundi PR telah kembali mengundi BN. Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang PR menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Apakah PKR masih lagi merasakan dirinya sehebat dan sekuat seperti dulu?

Ramai telah hilang penghormatan kepada pimpinan tertinggi PKR, kerana konspirasi jahat pimpinan tertinggi PKR yang lansung tidak bermaruah menginjak kebenaran dan keadilan sehingga menjadikan Pemilihan PKR 2010 seperti kata pemimpin Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Amin Iskandar, sebagai pemilihan yang mengarut dan sungguh memalukan!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRU12 yang lalu diharungi pakatan rakyat tanpa zaid, terima kasih atas sokongan bloggers

hasfahasy berkata...

Saya setuju tulisan GB 100%. PKR jgn syok sendiri.

warga_utara berkata...

Bising aje lebih PKR ni. Bila Kedah dan Perlis dilanda banjir mereka sibuk teruskan Pemilihan. Tak da hati lansung nak turun bantu mangsa banjir. Pemimpin-pemimpin PKR termasuklah Ketua Umum, Presiden, SUA dan lain-lain lebih sibuk dengan pemilihan daripada bantu mangsa banjir.

Kedah & Perlis akan tetap tolak PKR di dalam pilihanraya akan datang,

Tanpa Nama berkata...

pkr mendapat banyak undi daripada ahli pas,dap dan undi protes ahli bn dlm pru12 lepas. ahli pkr sebenarnya hanyalah seperti bilangan yang keluar mengundi pemilihan pkr.. iaitu tak sampai 10 % daripada yang diwar-warkan

pemerhati berkata...

Pergolakan yang berlaku dalam PKR sebenarnya kecil dan mudah diselesaikan sekiranya pihak yang terbabit khususnya presiden parti cepat bertindak menyelesaikannya.

Masaalah yang dibangkitkan oleh Zaid adalah kerana aduan yang diberitahu tidak diambil perhatian dan tindakan pihak JPP.

JPP pula menafikan kononnya tidak menerima bantahan dari calon. Jika ada bantahan dan dakwaan mesti berserta bukti.

Sikap yang dilakun oleh JPP tak ubah seperti SPR. Sesiapa yang mengadu akan dicop sebagai pengacau.

Pada pandangan pemerhati, Walau pun Zaid ini dikatakan lembik, pengecut kerana tidak pernah turun kejalan raya tunjuk perasaan atas slogan refomasi seperti Azmin Ali dan juga Anuar namun idea yang dilontarkan kepada ahli PKR amat memberangsangkan minat dan semangat untuk terus berjuang dengan parti PKR menjadi parti yang lebih cermerlang.

Ini menjadikan idea antara Zaid dan Anuar amat berbeza. Zaid lebih utamakan parti sedangkan Anuar lebih tumpukan kuasa ke Putrajaya.

Kita percaya, pertembungan idea ini membuatkan kedudukan Anuar tergugat kerana ahli lebih mengutamakan perpaduan parti sebelum pergi ke Putrajaya. Pergeseran ini membuka ruang untuk kita memahami corak permainan politik dalaman PKR.

Dari sini kita boleh lihat watak sebenar seseorang pemimpin dalam parti.

Ketika bersemuka Anuar dilihat menyokong Zaid tapi dibelakang Zaid, Anuar dan kuncu-kuncunya merancang menyingkirkan Zaid dari kedudukan yang ingin disandangnya itu.

Kita boleh ambil iktibar dari peristiwa pilihanraya di Hulu Selangor. Pada perkiraan pemerhati, kedudukan PKR/Pakatan Rakyat adalah 60-40, tapi kenapa Zaid boleh kalah disana...?

Kelihatannya PKR hanya selamba saja diatas kekalahan itu.

Zaid telah mengambil keputusan keluar parti. Tak perlu diungkit lagi sama ada sudah diberi layanan istimewa dan sebagainya. Apa yang perlu kita layan sekarang adalah persoalan yang ditinggalkannya.

Kita sebenarnya tertanya-tanya kedudukan Anuar Ibrahim dalam PKR, apa kah dia seorang penasihat parti atau presiden parti atau dia bukan ahli parti sehingga Zaid begitu lancang mengeluarkan kata-kata agar beliau keluar dari parti...?

Ada sesiapa yang tahu no nombor keahlian Anuar Ibrahim dalam parti PKR. Jika Anuar sekadar penasihat parti.... Apakah suara dan tindakannya boleh melampaui kuasa presiden parti sehingga presiden dilihat seperti tunggul kayu reput..?

Kalau penasihat lebih berkuasa dari presiden, maka presiden yang diberi menang percuma itu adalah tunggul kayu.

Kesihat ahli PKR.... kalau dalam UMNO Baru mereka mempunyai Rosmah Mansur, dalam PKR anda mempunyai Anuar Ibrahim. Kedua-duanya diibaratkan lebih sudu dari kuah..!

Pertanyaan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.. dengan 400,000 ahli boleh menawan Putrajaya sebagaimana yang dicita-citakan oleh penasihat parti..?

Tanpa Nama berkata...

TGNA boleh jadi PM nampaknya, menggantikan najib

Tanpa Nama berkata...

Apa pun itu hanya sejarah bro... Kok nanti yang sejuta tuh beralih sokong, tinggallah kamu 5 orang...!!!??

Tanpa Nama berkata...

Saifuddin jangan anggap semua orang bodoh tak boleh berfikir.Jangan kaji sejarah sebab ikut sejarah BN tak pernah hilang kuasa 2/3 terkecuali pada PRU ke12.Ini bermakna keadaan tu boleh berubah,ikut keadaan dan masa.Keadaan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebelum PRU ke12 amat berbeza dengan keadaan sekarang.Dulu tak ada krisis dalam DAP,Keadilan mau pun PAS.Menjelang PRU Ke13 ni,macam-macam penyakit sudah mula kelihatan dalam Pakatan Rakyat.Saifuddin takkan tak boleh nampak perkara ni?Kata orang bijak.

bunbinban berkata...

susah bila manusia lupa diri ni. lagi susah bila sentiasa di puja dan di puji. mereka lupa mcmmana dorang berada di tempat skang ni. mereka lupa, generasi skang amat berbeda dgn generasi dorang. kena reject dek rakyat nnt baru padan muka. korang yg dok atas tu nak berubah tak, kalau taknak berubah jgn harap rakyat nak ubah kerajaan....korang ni bodoh ke bangang?. korang skang ada kuasa, tapi kami rakyat ada undi...takde undi kami, takde le kuasa korang bangang oiiii