18 Nov 2010

Pemilihan PKR Akhirnya Ke Mahkamah

Mahkamah diminta isytihar pemilihan timbalan presiden PKR tidak sah

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), P Jenapala, hari ini memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharan mahkamah bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Jenapala, dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan& Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di sini, turut menyatakan bahawa beliau masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 November ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu.

Jenapala yang menjadi Timbalan Setiausaha Agung PKR sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada Disember tahu sama, menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada 17 September lalu.

Dalam samannya, beliau berkata kenyataan Saifuddin pada 20 September lalu bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.

Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

Beliau menuntut faedah pada kadar lapan peratus setahun terhadap ganti rugi selain kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

Ulasan GB

Salah siapa?

GB rasa lebih ramai lagi akan membawa kes pemilihan ke mahkamah. Ini ekoran dari kedegilan JPP dan pucuk pimpinan PKR untuk mendengar dan menerima bantahan demi melaksanakan konspirasi dan penipuan yang berlaku secara terang-terangan.

Semuanya akan terbongkar di mahkamah. Semuanya akan diheret dan diseret ke mahkamah. Mungkin selepas ini ada kes yang boleh menyebabkan PKR diharamkan sepertimana UMNO pernah diharamkan satu ketika dulu. "Keadilan Baru" terpaksa ditubuhkan, bukan oleh Zaid, tetapi oleh Anwar & The Gangnya sendiri.

Pakatan Rakyat pun tidak suka kepada mana-mana komponennya yang menjalankan pemilihan secara tidak bersih, tidak adil dan tidak telus kerana matlamat PR ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan telus bila diberikan kuasa pemerintahan oleh rakyat nanti.

2 ulasan:

bunbinban berkata...

i rst my case....ha ha ha. ntahlah dorang ni. semuanya berangan. bodek pun agak2 la woiiii..kang rakyat reject semua baru korang tau. ingat ahli2 dan penyokong skang dok zaman 80 an lagi ke. aku rasa2 nak reject je semua dorang ni tapi aku dah benci sgt dah kat UMNO. aku lempang la jugak dorang ni nnt...susah kalau darah dah sebati ngan umno ni...bodoh bangang

Let It Be berkata...

Allah Maha Besar. PKR parti serpihan umno lebih umno dari umno.