18 Nov 2010

Siapa Lelaki Misteri Telefon Beritahu Yang Intan, Pekerja Rosyam Kemalangan?

Kuala Lumpur: “Saya masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya Intan sudah tiada, sedangkan baru semalam, kami sempat bergurau,” kata kakak mangsa kemalangan maut di Jalan Bangsar, Liza Mohd Nazri, 35.

Liza berkata, adiknya, Intan Safiah Mohd Nazri, 25, seorang anak yang manja dengan keluarga kerana dia adalah anak bongsu daripada enam adik beradik sehingga makannya juga masih bersuap.

Intan maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan serta melanggar tiang monorel di depan dataran Maybank, kira-kira 5.25 pagi semalam.

Beliau juga kakitangan pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor yang menerajui Syarikat Suhan Movie “Sehingga kini pun jika arwah pulang ke rumah emak, Aisyah Mohamad, 60-an, di Subang, emak akan menyuapkan makanan kepadanya.

“Kali terakhir Intan makan bersuap minggu lalu ketika pulang ke rumah emak. Itulah suapan terakhir emak untuk Intan sebelum dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya, cuma pada hari kejadian selepas pulang ke rumah di Kampung Kerinchi pada jam 7.30 malam, arwah hanya berkurung di dalam bilik.

“Saya cuba mengetuk pintu biliknya beberapa kali tetapi tidak dibuka. Arwah cuma meminta saya tunggu sekejap kerana sedang berbual dengan seseorang melalui telefon bimbit.

“Tidak lama kemudian arwah memberitahu saya hendak pulang ke rumah emak. Pada waktu itu, arwah hanya membawa beg sandang dan beg tangan keluar dari rumah kira-kira jam 8.30 malam,” katanya.

Bagaimanapun, selepas itu Liza tidak pulang sebaliknya keluarganya dikejutkan dengan satu panggilan misteri daripada seorang lelaki yang hanya memberitahu nombor pendaftaran kenderaan milik arwah kemalangan.

Bapa mangsa, Mohd Nazri Andak Lam, 75, berkata, dia menyangka arwah yang menghubunginya tetapi terkejut suara lelaki bercakap memberitahu kereta anaknya kemalangan.

Menurutnya, selepas itu, dia cuba menghubungi semula namun telefon bimbit berkenaan sudah dimatikan.


Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala dan maut serta- merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan selepas waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinchi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

musykil banyak kes ni. dia ada suami tapi duduk dgn kakak? ermmmm mana rumah kelamin mereka. kata nk balik rumah mak. mana rumah suami. rumah mak kt mana? kenapa accident kt dpn menara mbank tu? ermmmmm banyak nyer soalan...

Tanpa Nama berkata...

anonymous:i pun fikir benda yg same kot...jawapan yg ader Hanya pada diri arwah & family nya sahaja...semoga rohnya tenang