18 Okt 2010

Usah Cari Lagi Perisian Cetakrompak Di Plaza Low Yat

Plaza Low Yat halau penyewa disabit kesalahan cetak rompak

KUALA LUMPUR: Plaza Low Yat akan menghalau penyewa yang disabitkan dengan cetak rompak bagi menyokong usaha anti-cetak rompak kerajaan.

Pengurus Besar Pengurusan Hartanah dan Operasinya, Michael Lee, berkata langkah proaktif itu akan melengkapkan kempen anti cetak rompak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilancar pada Mei tahun lalu.

"Inisiatif ini menyaksikan tindakan kami untuk terus komited menjadi pusat beli-belah teknologi maklumat yang tulen 100 peratus.

"Kami gembira mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga gergasi perisian seperti Microsoft," katanya pada pengumuman untuk meneruskan kerjasama dengan Microsoft bagi memerangi cetak rompak di sini hari ini.

Lee berharap inisiatif Plaza Low Yat itu dicontohi plaza IT lain.

"Kami menyeru semua pusat beli-belah di Malaysia menyertai kami memerangi cetak rompak ini," katanya.

Pengurus Besar Pengeluaran Kelengkapan Asli Microsoft Malaysia, Low Sin Yip, berkata berdasarkan kepada penyelidikan International Data Corp, pasaran cetak rompak bernilai AS$453 juta setahun. - BERNAMA

6 ulasan:

Modern Talking berkata...

yup.. cetak rompak memperkayakan lanun... muat turun lebih bersifat perkongsian... hehehe

Tanpa Nama berkata...

apa kelas pakai microsoft window$. virus tak sudah-sudah. semua aplikasi window$ kena bayar.

HUHU berkata...

cara nak mjahanamkan pihak barat salah 1 nya kita cetak rompak produk mereka. biar mereka rugi...zzz

Lim Penang berkata...

HuHu lu punya pendapat manyak baik lo. Lu manyak pandai aa. Wa sokong sama lu punya. Lu perkauman ada ka ?

bunbinban berkata...

Habis....yg ori main ribu2. Itu satu software. Untuk basic PC je mau cecah tujuh lapan ribu hengget. Yg ni bini Rosmah takde lak bagi pelepasan cukai?. Suh org setiap satu rumah satu komputer tapi kalau dah harga satu komputer pun boleh tanggung keluarga makan anak beranak 6 bulan?. Tapi apa kesah, muatturun je la...ha ha ha...

Tanpa Nama berkata...

nasib baik ada internet. skg aku tak payah kuar duit sesen pun utk install software yg harga belasan ribu. game pun semua free. hidup internet!! hahahahha