18 Okt 2010

Polis Curi Syabu Bukan "Kes Terpencil"

Temerloh: Kertas siasatan mengenai pembabitan 10 anggota, termasuk seorang inspektor mencuri kira-kira 40 kilogram (kg) syabu iaitu sebahagian daripada yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata perkara itu berlaku kerana sifat tamak anggota terbabit sehingga lupa tanggungjawab sebagai polis.

Bagaimanapun, katanya, kejadian itu kes terpencil dan tidak menggambarkan imej keseluruhan anggota polis negeri ini.

“Kita ada arahan dan peraturan yang perlu diikuti semua anggota dan pegawai tetapi kes ini berlaku kerana sifat tamak,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Temerloh di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan daripada tuduhan mengedar 753,359 gram syabu bernilai lebih RM270 juta yang dipercayai terbesar dalam sejarah negara, apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dirampas itu milik tertuduh selain tidak memanggil dua saksi penting berhubung kes itu.

Akhtar menyifatkan perbicaraan kes itu penuh kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.

Beliau juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan palsu dan mereka yang melakukan kecurian dadah itu dikenakan hukuman berat dan meminta pendakwa raya mendakwa semua yang terbabit.


Polis Curi Dadah Kes Terpencil, Sharifuddin

TEMERLOH: Anggota dan pegawai polis yang dipercayai terlibat mencuri dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan terbesar negara di Rompin pada tahun lepas hanya kes terpencil dan tidak menggambarkan imej keseluruhan anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata perkara itu berlaku kerana sifat tamak sesetengah anggota polis.

"Kita ada arahan dan peraturan yang sepatutnya diikuti tetapi ini berlaku kerana sifat tamak," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Temerloh di sini, Jumaat.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan daripada tuduhan mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lepas.

Ketika membuat keputusan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas itu milik tertuduh selain tidak memanggil dua saksi penting berhubung kes itu.

Mahkamah juga mahu beberapa anggota polis yang mengaku mencuri barang kes iaitu syabu seberat 40 kilogram ketika perbicaraan kes itu didakwa.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit II) di Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Nor Mansor, 56, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Temerloh yang baru menggantikan ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Fadzillah yang tidak sengaja mencederakan rakannya semasa memburu di Hutan Simpan Kemasul, Lanchang pada 18 September lepas pula mengambil alih tugas Mohd Nor.

Sharifuddin berkata pertukaran itu merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi dan diambil secara positif oleh Ahmad Fadzillah kerana ia mungkin mengandungi hikmah di sebaliknya. -BERNAMA



Ulasan GB

Kisah polis terlibat mencuri syabu BUKAN kes yang terpencil. Ia tidak boleh samasekali dibiarkan kerana walau "kecil" bagaimana pun, apabila ia melibatkan anggota polis sepatutnya ia adalah satu isu yang besar. Jika mahu menyebut kes ini sebagai terpencil, kita minta yang berkata demikian letak jawatan segera.

Ini kerana anda sebagai kakitangan awam, memencil kes yang besar yang sepatutnya tiada kompromi. Apa hal pagar yang diharapkan tetiba pagar makan padi?

Kedua kes ini adalah kes tahun lepas (Mei 2009), sehingga sekarang tak siap-siap lagi kertas siasatannya. Apa hal sampai siapkan kertas siasatan memakan masa lebih setahun? Mana mutu professionalisma polis?

3 ulasan:

Waris berkata...

40 kilo yg dicuri tu utk kegunaan sendiri atau utk diedar? Kalau utk kegunaan sendiri maka polis yg curi tu wajib dihantar ke pusat serenti. Kalau utk diedar maka anjing (polis) tersebut wajib dihukum gantung sampai mati mengikut akta dadah merbahaya. Cukup2lah membodohkan orang melayu. Kesian makcik & pakcik di felda asyik kena bodoh dgn kerajaan. Pada aku polis hanya pandai bodohkan org ramai tanpa disedari kebanyakan mereka adalah lebih bodoh. Jikamereka bijak, mereka tidak memilih kerjaya sbg polis secara logiknya.

Awanama berkata...

jenayah makin banyak sebab BN dan UMNO perintah negara lama sangat.

Jayz berkata...

mandatory death sentence to the Cop. No delay pls