13 Okt 2010

Kes Sosilawati: Surendren Terlepas?

Hari ini, negara menyaksikan Peguam N. Patmanabhan dan tiga orang lagi telah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Apa yang menjadi bualan orangramai di mana-mana sekarang ini ialah bagaimana dengan adik kepada suspek utama iaitu Surendren a/l Nalilannen.

Apakah beliau telah dilepaskan atau apakah beliau lansung tidak terlibat dengan pembunuhan berkenaan?

Apakah siasatan sudah begitu lengkap untuk tidak mendakwa Surendren atau apa?


Patmanabhan diwakili oleh empat peguam iaitu Ravi Neeko, R. Pushpa, Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong, manakala tiga yang lain tidak diwakili peguam pada prosiding pagi tadi.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohd Yusoff yang dibantu oleh Idham Abdul Ghani dan Saiful Edris Zainuddin.

Ishak turut memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum menerima laporan kimia daripada Jabatan Kimia, yang memerlukan masa untuk dilengkapkan.

Beliau kemudian memohon satu tarikh sebutan, sementara menunggu laporan tersebut diterima.

“Ia berupa amalan kes dadah satu bulan (untuk memperolehi laporan kimia), tarikh sebutan (untuk kes ini) memerlukan dua bulan,” kata Hurman.

“Beliau kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Disember “

Amer Hamzah pula membangkitkan isu mengenai keperluan tiga tertuduh diwakili peguam.

Hurman menjelaskan bahawa Pegawai Penyiasat telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Kalau nak ambil peguam silakan. Ada sesiapa yang kamu fikirkan,” katanya.

Salah seorang tertuduh iaitu Thilaiyalagan kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa keluarganya tidak mengetahui dia ditahan polis.

Hurman menyoalnya di mana dia ditangkap.

Dia memberitahu dia ditangkap di ladang di Tanjung Layang.

Hurman lalu mengarahkan supaya polis memberitahu keluarga Thilaiyalagan mengenai penahanannya.

Beliau juga berkata peguam boleh dilantik oleh keluarga tiga tertuduh berkenaan semasa perbicaraan nanti.

Patmanabhan memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiganya tidak arif mengenai soal undang-undang dan hak mereka untuk mendapatkan peguam bela.

Hurman juga membenarkan permohonan Amer Hamzah dan tiga peguam lain untuk bertemu dengan anak guam mereka iaitu Patmanabhan selama 10 minit dengan pengawasan pihak polis bagi menjamin keselamatan mereka.

Beliau turut membenarkan keempat-empat peguam untuk bertemu dengan tiga tertuduh lain untuk membantu mereka dalam soal perundangan juga dengan pengawasan polis.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul juga, apa kisah dgn surendren? naper dia tak didakwa sama?

Putra IJ80 berkata...

Agak agak kita tau tak apa kesudahan nya? kerana kita sudah banyak melihat sejarah nya. :D :D :D

kembara putih berkata...

Kenapa mahkamah majistret? Sepatutnya kes bunuh dibicara di mahkamah Tinggi.

Tanpa Nama berkata...

inilah dia mahkamah dunia yang dimiliki oleh manusia2 yang durjana.. takut nanti akan ada lagi yang hilang dari keluarga... tau-tau dah jadi abu...

Lim Pulau Balik berkata...

Itu orang kasi lepas sekejap sebab mau tengok dia punya kelaku, apa bikin, nanti ada tangkap laa, itu macam.

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah malaysia jenayah dan rasuah berleluasa kerana penjenayah boleh bebas

Tanpa Nama berkata...

ada kemungkinan semua terlepas? dah ada kes berlaku masa BN perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Biar lagi UMNO perintah malaysia, ada juga melayu yang bodoh sokong UMNO...