13 Okt 2010

Bantahan Terhadap Pemilihan PKR

64 cabang PKR bantah pemilihan masing-masing

Jawatankuasa pemilihan pusat PKR telah menerima bantahan ahli daripada 64 cabang yang tidak puas hati dengan mesyuarat dan pemilihan masing-masing.

Ia merupakan satu pertiga daripada 195 cabang PKR yang mengadakan pemilihan mereka sebelum ini.

Ini termasuk bantahan yang diterima oleh jawatankuasa itu daripada lima cabang hari ini, iaitu - Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Ketika menerima memorandum bantahan tersebut, pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata beliau akan memajukanny akepada pengerusi jawatankuasa berkenaan, Dr Molly Cheah.

"Saya akan bagi tahu Dr Molly bahawa ahli-ahli nak keputusan mengenai bantahan mereka, secepat mungkin," katanya ketika menerima bantahan dari kira-kira 40 ahli dari Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.

Beliau menerima mereka di pintu masuk ibupejabat PKR di Petaling Jaya kira-kira jam 3.15 petang tadi

Manakala bantahan dari cabang Hulu Selangor diserahkan lebih awal pada kira-kirajam 1.45 tengahari tadi.

Raden juga berkata, setakat ini, jawatankuasa pemilihan sedang menjalankan siasatan terhadap cabang Subang, Hulu Selangor, Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan dan Kuala Langat.

Sementara itu, Malaysiakini menemui beberapa ahli dari cabang-cabang yang hadir berhubung bantahan mereka.

Ketua cabang Kuala Selangor, Norazmi Tahir berkata antara bantahan mereka ialah terdapat kertas undi yang tidak betul dicetak di mana jawatan naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), dicetak naib ketua cabang.

Berikutan itu, beliau mahu pemilihan diadakan semula, di samping menuntut penjelasan mengenai calon-calon yang didakwa tidak mengikut etika berkempen.

Di Pandan pula, seorang ahli yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa mereka menuntut supaya pemilihan diadakan semula berhubung dengan keputusan seri bagi jawatan ketua cabang tersebut.

Dalam pemilihan yang lalu, dua calon yang bertanding - Zakaria Rahim dan Nik Md Zin Mohamad masing-masing mendapat 105 undi.

Beliau mendakwa sebelum ini ada arahan dari pihak pusat meminta pengerusi tetap pemilihan untuk memilih yang mana satu.

Di Hulu Selangor pula ketua cabang itu, Nazar Yatim tidak puas hati dengan arahan pusat supaya pemilihan cabang itu diadakan semula.

Ia ekoran dakwaan bahawa undi yang diterima lebih banyak daripada ahli yang mengundi di mana 1,583 ahli mengundi tetapi terdapat 1,622 kertas undi dalam kotak undian.

Manakala di Kota Raja pula, calon ketua cabang tersebut, K S Kottapan tidak puas hati pengiraan undi di ibupejabat PKR tanpa kehadirannya.

Ulasan GB

Berita di atas membenarkan ulasan GB di Saifuddin Tidak Bersikap Berkecuali Di dalam Pemilihan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak abis2 lagi dengan masalah pkr ni...kalau ahli dah tau org atas parti buat gitu..keluar saja laa..dok tunggu buat apa...penasihat dia pun buat derk saja...

Waris berkata...

Anon kat atas sekali tu kena faham. Kalau keluar parti nak pergi mana? Umno? Sebab2 ujudnya pkr ialah kerana keBANGSATANan umno. Sesiapa yg keluar parti dgn menyertai umno ialah org2 yg sama BANGSAT dgn umno. Jadi, nak tak nak ahli kena betulkan pemimpin yg tak betul. Perkara ini juga berlaku pada pas. Kalau sikit2 lompat parti, sampai bila pun tak habis. Jgnlah diharap dgn umno tu. Dah lebih 50 tahun tapi melayu masih tak pegang kuota ekonomi. Letak 30% pun tak lepas2. Perdana menteri melayu, raja2 melayu, kakitangan kerajaan majoriti melayu tapi melayu kat malaysia ni HAMPEH. Baik lagi israel... pemimpin yahudi membantu rakyat yahudi wpun jahat menindas rakyat arab. Kat malaysia pemimpin melayu jahat tapi menindas rakyat melayu. Aku rasa lagi jahat dari yahudi laknatullah...

Tanpa Nama berkata...

yang tak betul patut dibantah, tak kira dia pemerintah atau ulamak