13 Okt 2010

Saifuddin Tidak Bersikap Berkecuali Di dalam Pemilihan

Konspirasi untuk halang pencalonan Nurul Izzah?

Enam cabang PKR mendakwa wujudnya konspirasi bagi menafikan Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR yang akan datang.

Dalam kenyataan berasingan, cabang Selangau dan Semporna dari Sabah yang mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan nombor dua parti, mendakwa mereka tidak dimaklumkan bahawa semua pencalonan perlu dikemukakan sebelum tarikh akhir 10 Oktober lalu.

"Kami tidak pernah diberitahu mengenai tarikh akhir itu dan adalah tidak adil bagi menafikan Nurul Izzah daripada bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi bagi menghalang beliau?” soal ketua cabang Semporna, Lokman Uri.

Ketua cabang Selangau Steven Epay Ganing juga mengakui bahawa tarikh akhir mengemukakan pencalonan perlu dihebahkan dengan teratur bagi membolehkan cabang mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami beranggapan ini adalah kelalaian penganjur (pemilihan) kerana gagal menyelaras pemilihan dan berharap ini bukan cubaan menghalang Nurul Izzah daripada bertanding.

Dalam kenyataan bersama, empat cabang di Selangor mendakwa mereka “terkejut” bahawa pencalonan 35 cabang ditolak oleh ibu pejabat parti kerana gagal menepati tarikh akhir 10 Oktober itu.



"Kami binggung bahawa terdapat tarikh 10 Oktober 2010 ditetapkan sebagai tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan manakala 35 lagi cabang tidak menyedari tarikh itu,” katanya kenyataan bersama itu.

Ia ditandatangani oleh ketua cabang dari Tanjung Karang, Petaling Jaya Utara dan Putrajaya serta pemangku ketua Petaling Jaya Selatan.
Lanjutkan tarikh akhir

Sementara itu, ahli majlis tertinggi PKR, S Manikavasagam mencadangkan jawatankuasa pemilihan melanjutkan tarikh akhir kepada 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

"Ini bagi membolehkan cabang-cabang memperbetulkan apa-apa salah faham yang mungkin berlaku,” katanya pada satu kenyataan akhbar.

Dalam satu kenyataan media lain, bekas pengarah komunikasi PKR, Jonson Chong berkata Nurul Izzah tidak sepatutnya dilucutkan kelayakannya untuk bertanding hanya kerana berdasarkan soal teknikal.

"Adalah baik bagi mempunyai proses pentadbiran tetapi mereka mesti telus dan memenuhi objektif parti,” katanya.

Semalam, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin berkata, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

Sehubungan itu, katanya, ahli parlimen Lembah Pantai itu Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan.

Ulasan GB

Dari awal GB lihat Setiausaha Agong PKR yang bernama Saifuddin Nasution itu tidak benar-benar berkecuali, tidak jujur malah dalam banyak hal dan ketika, menampakkan secara jelas beliau terlalu partisan, terutama di dalam pemilihan yang sedang berlansung ini.

Beliau dilihat seperti mahu mengaturkan siapa perlu duduk di jawatan apa di dalam pemilihan PKR. Dengan kedudukannya sebagai Setiausaha Agong, beliau mengeluarkan procedure-procedure anih bagi mengubah "padang permainan" agar calon yang disukainya berjaya.

Sebelum GB ulas lebih lanjut, kita lihat dulu rentak dan tarinya. Lebih banyak cakap dan tindakannya akan lebih banyak mendedahkan siapa Saifuddin sebenarnya.

8 ulasan:

Awanama berkata...

kenapalah kita dari pakatan rakyat nak berpecah belah... sepatutnya setiap masalah di bawa berunding dan diselesaikan secara berhemah... bukan dengan cara hentam menghentam.. macam mana yang dilakukan oleh umno... cubalah bersatu hati.. alangkah sedihnya kerana kita sendiri yang memberi peluang kepada umno bee end untuk menghentam kita... di semua saluran media yang dimiliki oleh mereka...

kembara putih berkata...

Tak payah bertandinglah. Takkan ayah, mak dan anak mengisi jawatan2 teratas. Ini parti anak-beranak ke? Baru setahun jagung dah bertanding Timbalan Presiden. Bahagian yang pilih dia tu mesti kuat mengampu.

Awanama berkata...

saya melihat anda tidak menyiasat sebelum mengeluarkan kenyataan itu aje.

Awanama berkata...

saya pun bosan dgn saifuddin ni. dia nak jadi mastermind, tetapi tak cukup kepandaian. byk tersalah ckp.

hari tu dia kata pimpinan pkr bebas dan berkecuali, kalau tak macam mana MP Teluk Kemang boleh kalah, katanya.

Ada plak cakap macamtu. Dah memang ahli2 akar umbi tak suka dgn campurtangan pucuk pimpinanlah maka mereka kalahkan MP tersebut. Sebab MP tersebut jadi pengurus kempen Azmin.

Awanama berkata...

Manusia mana tak buat kesalahan dan bumi mana tak ditimpa hujan..

Itulah tanda kebgesaran Allah SWT.

Kesilapan teknikal disana-sini tu adalah lumrah kehidupan dan cara Allah mengajar kita untuk lebih dewasa.

Yang penting untuk kita melihat adalah bersedia untuk memperbaiki kesalahan-kesalahan tersebut dengan penuh iltizam dan ikhlas.

Perjuangan wajib diteruskan tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa pun.

Awanama berkata...

salam................hei....fokuslah...fokus..paku serpih lah kau org dlm PKR..kutuk UMNO mcm2...kau org lg teruk.....adab...akhlak....langsung x jg....potensi selangor nk jatuh blk kpd BN semakin besar.....kau org berebut jawatan...ingat amaran dlm perang yg menyaksikan org islamkalah akibat berebut harta rampasan perang..

Awanama berkata...

pls think bro2 semua.. .. ade org cuba spink dan mencemarkan nama PKR sekrg….. cuba kaji betul2 kawan smuaa– tgk dia nye flow mcm mane dirog pergunakan pemilihan PKR utk merosakkan imej PKR…

1.) bermula dgn serangan terhadap parti dan org 2 lama termasuk struktur PKR dan Anwar sendiri
2.) org yg kedepan membela parti juga dibelasah kononnya buat hentaman peribadi
3.) dtg pulak rahimi dan geng buat kaco utk hentam anwar..
4.) cuba tunjukkan dan war2kan PKR sama mcm umno-hahaha.. sedangkan kebanyakan hanyalah tohmahan tanpa bukti jelas.. tetapi mereka telah mengunnakan org2 tertentu utk mensansikan isu yg belum tentu benar- tp telah dihebohkan dialam maya sbg benar belaka.. ape yg parti bg perjelaskan ditolak ketepi..– memang pandai org merangcang ni.
5.) Amat malang sekali ade yg terus bersetuju tanpa tgk overall scenario— ade yg lebih pentingkan individu tertentu yg belum tentu akan setia kepada parti lagi daripada Parti– sebab ape kata belum tentu sebab belum diuji….
6.) PRU13 bila2 masa shj..
7.) kesian Anwar- APCO, BN serang– yg dalam pon serang sekali sekrg… sedangkan semua tuduhan tanpa bukti..
8.) Nasihat aku kepada puak2 ni- bagus dan teruskan cara anda itu—biarlah PKR habis dgn tuduhan2 melulu tersebut-teruskanlah hentam parti anda….last kali HIDUP BN lah jawabnya..

Awanama berkata...

PKR mampos tak semestinya BN boleh lega. PAS kini bertambah kuat, akibat PKR yang dah tjnggang langgang.