19 Okt 2010

Anwar Semakin Hampir Ke Penjara, Bukan Putrajaya. Percubaan Akhir Dapatkan Kenyataan Saksi Ditolak

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak percubaan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kenyataan saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dirakamkan oleh polis dalam kes tuduhan liwatnya.

Anwar mahu semua kenyataan tersebut kerana beliau mendakwa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful semasa dalam perbicaraan kes tuduhan liwat terhadapnya sehingga boleh mendorong kebolehpercayaan pengadu dicabar.

Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu mendakwa Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa kerelaannya tetapi dia (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Mohd Saiful, 25, telahpun memberi keterangan sebagai pengadu dan saksi utama dalam perbicaraan itu.

Dalam keputusan sebulat suara, Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, memutuskan bahawa perintah Mahkamah Tinggi tidak merangkumi definasi perkataan "keputusan" dan ia bukan perintah akhir di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

"Kami setuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa keputusan mahkamah perbicaraan dalam kes ini bukan merupakan satu keputusan dan ianya tidak boleh dirayu," kata Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Datuk Seri Md Raus Sharif.

Mengenai isu dua mukasurat "alasan lebar" yang dibangkitkan oleh peguam Anwar, Karpal Singh semasa hujahan dalam rayuan itu, Hakim Arifin berkata alasan Mahkamah Rayuan menyifatkan sebagai "alasan lebar" adalah jelas dan menyeluruh kerana ia mengandungi semua bahan dalam hujahan penghakiman.
Pada 19 Ogos lalu, Karpal mendesak Mahkamah Persekutuan untuk mengarahkan Mahkamah Rayuan memberikan alasan lanjutan atas penolakan rayuan Anwar, dengan berkata penghakiman tersebut hanya alasan lebar sahaja.

Bagaimanapun, Hakim Arifin dalam penghakimannya berkata Mahkamah Rayuan telah memberi alasan ringkas dan padat dengan memetik beberapa pihak berkuasa dalam menyokong keputusan mereka.

"Dalam beberapa insiden, alasan penghakiman ringkas dan padat sudah memadai. Dalam kes ini, isu di hadapan Mahkamah Rayuan ialah sama ada terdapat hak untuk merayu terhadap keputusan," katanya.

Beliau menegaskan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi sedang memperjuangkan bahawa hakim perlu berusaha menulis penghakiman ringkas dan padat di mana ia diperlukan.

"Kami sangat bersetuju dengannya. Inilah apa yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes ini," kata Hakim Arifin dalam penghakiman 19 mukasurat semasa menolak rayuan Anwar itu.

Anwar sedang menghadapi perbicaraan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ulasan GB

Ada yang bertanya GB, tak kasihan GB kepada Anwar?

Untuk menjawabnya, GB orang yang pertama kasihankan dia sewaktu dia mula-mula ditangkap. Baca SINI. Tapi Anwar dan orang-orangnya memandang GB macam sampah. Teguran dan nasihat GB sudah tidak dipedulikan lagi. Justeru, peduli apa lagi mereka semua itu?

Dan GB mengulas panjang untuk episod yang menyedihkan tentang Anwar di SINI.

PKR yang mencalonkan Wan Azizah sebagai Presiden dan Azmin sebagai Timbalan Presiden di dalam pemilihan 2010 adalah seperti merestui penghantaran Anwar ke penjara semula. Baca di SINI.

Ada yang bertanya: Tidakkah kita perlu ikhlas di dalam perjuangan GB? Saya bertanya kembali, apa yang kamu tahu erti ikhlas? Kalau tak tahu, pergilah baca surah Al-Ikhlas banyak-banyak. Nanti kamu akan tahu sifat hamba dan hanya mengikhlaskan diri kepadaNya, bukan ikhlas membuta tuli terutama kepada manusia-manusia yang tidak jujur kepadamu. Jika demikian halnya kamu si bebal yang menjadi buaya diketuk kepala oleh sang kancil yang menyeberangi sungai untuk memakan buah-buahan di pulau sana.

Guru GB di akhir hayatnya dahulu berpesan: "jangan jadikan dirimu terlalu lurus, kelak orang akan jadikanmu kayu jembatan yang dipijak orang dan jangan jadikan dirimu terlalu bengkok, kelak orang akan jadikanmu kayu api untuk dibakar. Ambillah pertengahannya, kelak engkau menjadi senjata yang terang, tepat dan tajam menusuk jantung musuhmu".

GB akan terus berdoa kepada Allah s.w.t. Apakah doa GB? Itu rahsia diantara GB dengan Dia.

5 ulasan:

bunbinban berkata...

Setuju 100%. Salahkan diri sendiri. Beribu pejuang turun ke jalanraya tak kira PAS atau PKR atau reformis, tapi Anwar bila keluar terus di pinggirkan mereka. Di lantiknya syaitan berwajah manusia untuk berada di sekelilingnya, dan mereka inilah yang menikamnya dari belakang. Kenapa perlu kita kasihan pada Anwar jika sendiri melakukan kesilapan. Bukan tak perlu ada rasa belas kasihan tapi biarlah berpada-pada. Mungkin Anwar perlu di hantar kembali ke penjara demi survival rakyat marhaen yang selama ini begitu ikhlas berjuang walaupun di pinggirkan. Anwar masih belum sedar atau masih di ulit mimpi2 indah bakal PM Malaysia?. Saya percaya, jika Anwar di penjarakan semula, mood kebangkitan rakyat tetap utuh bagi menjatuhkan rejim BN yang zalim. Sebaiknya Anwar meletakkan jawatan sebagai Ketua Umum atau Penasihat PKR supaya PKR dapat bergerak lancar menjana impian bersama rakan2 PR menuju Putrajaya dari membuang masa mempertahankan Anwar akibat 'kebebalan' sendiri. Namun begitu, saya tetap percaya Anwar teraniaya cuma 'kekeliruan' Anwar menjadikan keadaan menjadi sukar, lebeh sukar dari semasa Anwar berada dalam penjara. Di kelilingi oleh para opputunis 'ex' Umno, Anwar terus hanyut melayan 'tembolok' para pencacai politik.
Kak Wan juga harus meletak jawatan sebagai presiden PKR. Biarlah perjuangan PKR di teruskan oleh rakyat marhaen. Berundurnya Syed Husin Ali dari MT PKR amat merugikan. Sesungguhnya, Beliaulah yang selayak-layaknya mengepalai PKR dan di bantu oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Kedua-duanya telah membuktikan kewibawaan masing-masing. Mungkin 'mimpi' kebanyakan rakyat marhaen untuk melihat Anwar menjadi PM tidak kesampaian tapi apakah faktor itu akan melemahkan kita?. Tidak. Nurul Izzah adalah kelansungan perjuangan PKR dan juga bagi pihak bapanya. Cuma masanya belum tiba untuk beliau dan biarlah beliau 'mematang'kan dirinya dalam arus politk fitnah, adu domba dan 'bertuhan'kan wang ringgit ini.

malaysian berkata...

GB
Cetusan perasaan anda itu adalah salah 100%. Who are you yg nak melenting bila pandangan tak diterima. Mujurlah GB bukan pemimpin, kalau pemimpin maka diktatorlah namanya...dah lupa ke maha firaun? Nak jadi macam dia ke?
Dah jadi lumrah setiap pemimpin akan di kelilingi ole ramai orang..ada yg ikhlas, ada yg tak ikhlas, ada yg musuh dlm selimut, ada yg opotunis, ada yg kaki bodek dan tak kurang juga ada yg pejuang sejati. MUNGKIN GB adalah pejuang sejati tapi mungkin tak pandai present idea atau guna approach yg salah. Justeru itu perlukah apabila suara tak didengar, hatta tak depeduli sekali pun.. megadai maruah prinsip diri dan perjuangan.
Saya hanya ditahap memberi komen dalam blog site@2 cerdik pandai macam GB jauh sekali dapat berbicara dgn pemimpin2 besar macam DSAI, dan ada kalanya komen pun tak disiarkan. Tapi saya rasa saya mempunyai kekuatan prinsip yg jauh lebih kuat daripada GB. Kalau DSAI teraniaya saya akan terus bela dia.. kerana itu adalah tututan agama, tututan keadilan dan tututan perinsip perjuangan. Bukan kerana DSAI dalah pemimpin besar, pemidato hebat, kaya dan sebagainya.
With or Without Anwar...LAWAN TETAP LAWAN.
Maka tak perlu GB komen yg DSAI mungkin patut kepenjara kerana..ITU dan INI.
Pulanglah Kepangkal jalan...REFORMASI!!

Tanpa Nama berkata...

salam.

sorry to say,
clearly you are nobody GB, certainly nobody, be it and perhaps admit it.
Is it a good time to make a U-turn?

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Isu ini pasti jadi perhatian utama peringkat antarabangsa.

malaysian berkata...

Kan aku dah kata Greenboc ni kalau orang tak sama pendirian dgn dia, maka takan tersiarlah komen kita. macam komunis, semua nak kena ikut cakap dia saja. Hello brother watak macam ni elok duduk saja dalam umno.