19 Sep 2010

Tindakan Kerajaan Sendiri Yang Menjauhkan FDI

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.

"Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kaum dalam negara perlu sensitif dalam mengutarakan pandangan atau cadangan untuk kepentingan kaum mereka bagi mengelak daripada menyentuh kepentingan kaum-kaum lain.

"Teguran atau cadangan boleh diberikan tetapi ia perlu dibuat dengan keikhlasan. Kalau nak beri cadangan jangan sampai ia menjejaskan kaum-kaum lain kerana ia boleh menyebabkan masalah lain," katanya. --Bernama

Ulasan GB

Apa malangnya nasib Malaysia mempunyai seorang timbalan menteri sebebal anak mantan perdana menteri bernama Mukhriz ini.

Kita ingin khabrakan kepada Mukhriz, bahawa tindakan-tindakan kerajaan UMNO BN sendirilah yang telah menyebabkan para pelabur takut untuk datang ke negara ini, bukan dari tindakan pihak pembangkang.

Diantara tindakan bodoh kerajaan UMNO BN ialah menekan, mengugut, menzalimi pembangkang di dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi. Seluruh dunia menyaksikan kezaliman dan kekejaman kerajaan UMNO BN terhadap pembangkang terutama di dalam kes-kes seperti tembakan water canon kepada peserta-peserta perhimpunan aman, tangkapan dan kemudian kematian orang dalam tahanan, pembiaran terhadap perkosaan sistem kehakiman negara, penggunaan isu perkauman oleh NGO dan media secara terbuka dan pelbagai macam lagi tindakan kerajaan UMNO BN yang dilihat mengancam dan menggugat demokrasi.

Dunia juga pernah melihat Malaysia mengamalkan politik kuku-besi di mana di zaman pemerintahan ayahanda Mukhriz bernama Mahathir di dalam apa yang dipanggil Operasi Lallang, beratus pemimpin ditangkap dan hakim dilucutkan jawatan.

Dunia kini sedang menyaksikan UMNO BN sedang berada di ambang keruntuhan lantaran sikapnya yang tidak menghormati federaisme, menekan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mencabuli perjanjian kerajaan negeri dan persekutuan khususnya di dalam royalti minyak dan peruntukan pembangunan negeri-negeri.

Aiya Mukhriz. Terlalu lemah tahap pemikiran kamu untuk pergi jauh di dalam kabinet.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bangang punya Mukriz..seniji mcm perangai bapak dia..

Tanpa Nama berkata...

BN dah tak pandai memerintah, ekonomi teruk dan jenayah meningkat..

Tanpa Nama berkata...

wang tabung haji dan KWSP hilang era mahathir pun kerja pembangkang?