19 Sep 2010

Lagi Kes Remaja Ditembak Polis

Remaja dikejar polis kena tembakan

JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.

“Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. “Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Ulasan GB

Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.

Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.

Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?

Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu.

8 ulasan:

Awanama berkata...

Tahniah kepada polis yang bertanggungjawab menjalankan amanah. Orang ramai jangan bimbang la Polis bukan nak bunuh remaja tu sebab tu depa tembak di kaki... kira ok la tu dan saya percaya polis dah mematuhi prosedur sebelum ambil tindakan.

zuraimi berkata...

ok lah tu...tembak kaki... bukan tembak mati....

jangan nak salahkan polis je...

walaupun polis buat masa ni memang baynk buat taik...

Awanama berkata...

Saudara GB,

Saya mmg tidak bersetuju jika remaja itu ditembak mati. Tapi memandangkan dia ditembak di kaki, saya fikir itu adalah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak polis untuk mengelakkan remaja itu melarikan diri. Jangan memandang rendah kemungkinan remaja itu adalah penjenayah semata-mata kerana usianya 16 tahun. Pada zaman sekarang, remaja yang berusia belasan tahun pun sudah terlibat dengan kegiatan jenayah seperti bunuh, pecah rumah, samun, ragut, rogol dan sebagainya. Seteruk mana pun polis di Malaysia ini, cuma mereka harapan kita untuk mengatasi jenayah. Biarpun begitu banyak kelemahan dan korupsi, tapi apabila mereka buat tindakan yang sepatutnya, eloklah kita menyokong. Jangan disensasikan perkara yang tidak perlu kerana kredibiliti kita juga diperhatikan oleh masyarakat.

Moga Allah beri petunjuk kepada kita semua. insyaAllah.

Awanama berkata...

anon 12:16

Persoalan kini, jenayah berat itu apa?

merompak, merogol, membunuh?

Mengapa tiada penjelasan mengenainya malah rakyat seluruh negara menunggu kenyataan penuh Polis Johor mengenainya sepanjang hari sepertimana yang dijanjikan. Tetapi tiada.

Alasan apa sekalipun, remaja bawah umur adalah dilindungi oleh Undang-undang.

Awanama berkata...

Saudara Anon 12:26,

Saudara mungkin tidak pernah berhadapan dengan penjenayah bawah umur. Mungkin mereka tidak pernah memecah masuk rumah saudara, meragut atau memukul ahli keluarga saudara atau merogol sesiapa yang saudara kenali. Tapi saya mempunyai pengalaman yang sangat menyakitkan dalam hal ini. Saya fikir apa yang dipertikaikan dalam artikel ini adalah tindakan menembak kaki remaja berkenaan. Saya pun tidak pasti apakah dosa remaja itu hingga dia ditembak. Jika benar remaja itu tidak bersalah, semoga Allah melindunginya dan memberi kesihatan yang baik kepadanya.

Walau bagaimanapun, secara umumnya, jika kita terlalu berfikiran positif dan underestimate penglibatan remaja dalam jenayah, mungkin satu hari akan memakan diri kita semula. Saya teringat suatu kejadian di mana remaja yang usianya belasan tahun telah dipukul dengan teruk oleh orang ramai kerana meragut seorang wanita hingga mangsa cedera parah. Kemudian ibu peragut itu datang dan berkata, "sampai hati mereka buat anak saya macam ni". Tapi tidakkah kita berfikir, bagaimanakah dengan mangsa ragut yang cedera parah itu? Tidakkah mangsa itu juga perlu dibela dan dikasihani? Adakah peragut itu perlu dikasihani semata-mata kerana beliau seorang yang berusia di bawah umur?

NAB berkata...

Pada saya bukan hal bawah umur atau tidak yang patut dipersoal, mungkin kita perlu kembali kepada ketetapan usia mengikut Islam, sama ada seorang itu sudah baligh atau tidak sewaktu melakukan sesuatu jenayah. Kalau baligh, dia sudah dianggap dewasa dan perlu bertanggungjawab atas setiap amal perbuatannya.

Awanama berkata...

Saya bersetuju dengan NAB... bukankah dalam Islam ada ditetapkan tentang aqil baligh dan mumaiyiz. Setelah mumaiyiz, sepatutnya seseorang itu telah tahu membezakan buruk dan baik.

Awanama berkata...

saya terbaca laporan berkenaan kes ini dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sila view: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8200771.asp