Meskipun beliau dilimpahi kekayaan, Datuk Sosilawati Lawiya tidak mahu mengupah pengawal bersenjata kerana tidak sukakan senjata api.
Abang jutawan kosmetik itu, Encik Mashadi Lawiya, 51 tahun, berkata beliau takut senjata itu akan 'makan tuan'.
'Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.
'Beliau khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan,' kata beliau di luar rumah jutawan itu di Taman Harmonis, Gombak, kelmarin.
'Beliau sentiasa berpegang pada prinsip hidup dan mati ditentukan Tuhan.'
Peneroka Felda dari Mersing, Johor, itu berkata adiknya amat berhati-hati dan senantiasa berada di kalangan teman-teman yang dipercayainya apabila beliau menjalankan urus niaga besar.
'Beliau berasa yakin dan selesa dengan kehadiran mereka yang mengiringinya pada hari yang membawa padah itu,' kata Encik Mashadi.
Menurutnya, Datuk Sosilawati, meminta anak sulungnya, Cik Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25 tahun, untuk mengikutnya ke Banting tetapi 'Erni tidak mahu pergi kerana mahu berbuka puasa di rumah'.
Datuk Sosilawati, 47 tahun, bersama tiga sekutunya - pemandu peribadinya, Encik Kamaruddin Shamsuddin, 44 tahun; peguamnya, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Encik Noorhisham Mohamad, 38 tahun - dipercayai dibunuh pada malam 30 Ogos lalu di sebuah ladang di Sungai Gadung, Banting.
Di Kuantan, suasana sedih menyelubungi keluarga Encik Kamaruddin, apabila penyanyi Nasharudin Elias atau Nash, bekas suami Datuk Sosilawati, berziarah.
'Saya tidak sangka persahabatan kami berakhir dengan pemergiannya yang penuh tragis. Selama lebih 25 tahun mengenalinya, hubungan kami cukup rapat seperti adik beradik, malah saya menganggap ibunya seperti ibu kandung sendiri,' kata Nash sambil memeluk ibu Encik Kamaruddin, Cik Zainab Ahmad, 73 tahun.

1 ulasan:
Untuk anak sosila ni pakcik nak pesan lepas ni guna la khidmat pengawal peribadi. Kalau takut senjata, guna pengawal yang tak bersenjata. Pastikan depa ada ilmu silat ka kung fu ka kuntau ka, apa-apa la yang patut. Takdir di tangan Allah tapi Allah suruh kita berusaha. Moga tabah dengan dugaan Allah.
Catat Ulasan