19 Sep 2010

Apa Hal PEKIDA Salahkan Majlis Peguam?

Tak wajar Pekida salahkan Majlis Peguam, kata Speaker

Speaker Dewan Negara berpendapat tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan Majlis Peguam kononnya ia telah gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah, sehingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut Tan Sri Abu Zahar Ujang, berdasarkan maklumat sebelum Majlis Peguam itu turut telah mengambil tindakan tegas ahli-ahlinya termasuk salah seorang suspek kejadian tersebut.

Abu Zahar yakin Majlis Peguam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah atau salah laku ketika mengamalkan perkhidmatan guaman mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) semalam yang menyalahkan Majlis Peguam yang didakwa gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah.

Bekas Presiden Persatuan Peguam Muslim ini bagaimanapun berkata, Majlis Peguam perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana peguam jika didapati bersalah.

“Ada jawatankuasa disiplin yang akan mengambil tindakan sewajarnya (ke atas manmana peguam),” kata beliau.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini dan memandang serius terhadap semua ahli peguam yang melakukan kesalahan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata sebagai pengamal guaman setiap peguam perlu menjalankan tugas dengan penuh kredibiliti dan tidak mencemarkan imej Majlis Peguam.

“Saya tidak menyangka apa yang berlaku dan setiap ahli peguam perlu faham tindakan bakal dikenakan ke atas mereka jika disabitkan salah,” katanya tegas.

Selain itu beliau berkata, undang-undang di negara ini jelas dan tidak boleh diperkotak-katikkan untuk kepentingan individu.

Semalam Pengerusi Pekida, Shahril Abdul Aziz bersama anggotanya menyalahkan Majlis Peguam yang didakwanya gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah.

Mereka juga membakar kain rentang mengecam Majlis Peguam. Noorhisham Mohamed, seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Semalam, polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas dua peguam adik-beradik yang merupakan suspek kes bunuh mereka.

Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah lebih tepat dengan mengeluarkan peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum mereka mahu menjalankan perniagaan mereka, kata Shahril.

Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Dijangkakan semua suspek akan dibicarakan dalam masa terdekat ekoran terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar ketika dihubungi berkata, Majlis Peguam sebelum ini sudah mengambil tindakan terhadap ramai ahli peguam, malah suspek pembunuhan kejam itu juga telah dipecat oleh badan peguam tersebut.

“Majlis Peguam sudah ambil tindakan pada tahun lepas memecat mereka, sudah ada tindakan daripada Majlis Peguam terhadap ahli peguam yang bermasalah.

“Untuk melakukan dan pemantauan 24 jam sehari terhadap semua ahli Majlis Peguam, memang susah sedikit kerana kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka setiap minit dan tidak menjangka apa yang dilakukan dan terjadi kemudiannya,” katanya.

Bagaimanapun beliau meminta Majlis Peguam melipatgandakan pendidikan akhlak, moral serta spritual kepada semua ahli peguam secara lebih kerap bagi mengelak perkara jenayah dilakukan dalam kalangan peguam.

Zainul berpendapat tindakan Pekida yang membakar kain rentang itu merupakan tindakan ekspresi mereka yang tidak boleh dilarang.

Beliau berkata selagi tunjuk perasaan itu tidak mengganggu keamanan negara, ia dibolehkan.

“Kalau Pekida hendak membakar kain rentang ke, logo peguam ke, semuanya adalah tindakan ekspresi mereka dan mereka berhak menunjuk perasaan selagi keamanan terjaga,” katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Ketika dihubungi hari ini, Ragunanth berkata pihak akan mengadakan sidang media mengenai isu tersebut. -tmi


Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati. -mk


Ulasan GB

Ringkas sahaja.

Ini kisah seorang pencuri yang berlari menjerit "pencuri, pencuri" supaya orang ramai menangkap pencuri yang salah.

Sebenarnya Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan bagi menyiasat Pekida, bukan Majlis Peguam. Pihak polis boleh mengeluarkan statistik laporan jenayah yang dilakukan oleh ahli-ahli Pekida.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PEKIDA ni mentalitinya lebihkurang sama dengan PERKOSA. Apa yg pasti ramai pemimpin UMNO berada dibelakang PEKIDA dan PEKOSA! Kalau nak tengok kegengsteran MELAYU... bolehlah selidik latarbelakang penubuhan dan jawatankuasa PEKIDA dan PEKOSA diseluruh negara. Kalau time pilihanraya, maka gagakhitam inilah yg digunakan untuk menakut2kan pengundi supaya pengundi2 menyokong UMN/BN. Kalau ada kegengsteran melibatkan PEKIDA dan PEKOSA, maka tiada tindakan yg diambil.... saya bukan anti Melayu... tetapi saya anti asobiyyah yg dilarang oleh Rasulullah s.a.w. iaitu kalau geng/bangsa kita buat salah, kita mesti menyokongnya walaupun salah... asalkan geng/bangsa kita! ruapa-rupanya UMNO masih mengajar geng/bangsa kita dengan fahaman asobiyyah(kebangsaan) yg ditolak oleh Islam....

Tanpa Nama berkata...

dalam kes altantuya siapa patut dipersalahkan agaknya PEKIDA?

hussin berkata...

semasa isu lingam korek, korek, korek, pekida belum ada lagi ke? kalau ada buat apa?

sedarlah diri tu ...

Tanpa Nama berkata...

banyak yang boleh dibuat oleh pekida kalau betul kononnya pekida ditubuhan untuk tolong org melayu yang tertindas. diluar sana berapa banyak org melayu yang kena tindas dan di diskriminasi.Apa pekida buat. hanya tunjuk samseng kampong adalah.

Tanpa Nama berkata...

pukida ni kerja dia mabuk dan pukul org jer....amal mungkar nahi maarof..ni kes terlebih minum mlm td la ni..kerja org bodah tulis atas kain pastu p bakar pulak kain tu....rendah betul iq bebudak pukida ni...

AKU berkata...

Majlis Peguam sudah melakukan apa yang mampu dilakukannya iaitu memecat mereka yang salah laku. Harus diingat bahawa Majlis Peguam bukannya ada kuasa mendakwa. Laporan sudah dibuat tapi apa PDRM buat? Ini bukan kali pertama berlaku. Polis sepatutnya mengambil tindakan menyiasat peguam ini 10 tahun yang lepas tapi yang dibuat oleh PDRM? Kalaulah orang yang lain dibunuh dan bukannya Dato Susilawati, sudah tentu 'mati katak'lah mangsa tu sebab PDRM tak akan betindak.
Yang dok tuduh Majlis Peguam, bagaimana dengan Hakim-hakim kita yang tiada kredibiliti? Entah apa yang PEKIDA memekik dan melolong tu. Namanya Islam tapi dok main isu perkauman. Bangang punya manusia.