22 Sep 2010

Kes Sosilawati: Suspek Tunjuk Lokasi Baru

Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu, membawa polis ke satu lokasi baru di sini semalam, yang menjadi tempat beberapa lagi bahan bukti dipercayai milik mangsa kes bunuh dan bakar itu, dibuang.

Lokasi baru di sebuah tali air di Kampung Sungai Lang, terletak berdekatan kunci air, kira-kira 300 meter dari Pasar Besar Awam Banting. Suspek utama yang juga seorang peguam, dibawa ke situ untuk menunjukkan tempat semua barang milik mangsa dibuang. Usaha mencari barang yang cuba dilupuskan suspek kes berkenaan dilakukan tiga anggota penyelam Pasukan Gerakan Marin selama lebih dua jam mulai 3.15 petang.

Mereka dipercayai sedang mencari telefon bimbit milik seorang mangsa, tetapi dalam operasi semalam, pasukan penyelam hanya menemui objek yang kelihatan seperti seutas gelang tangan yang diselaputi lumpur.

Penemuan gelang tangan berkenaan kira-kira jam 4 petang itu menjadi bukti terbaru bagi membantu polis merungkai misteri pembunuhan empat mangsa berkenaan.

Terdahulu, pada jam 2.25 petang, suspek sekali lagi dibawa polis ke pejabatnya di Jalan Kemboja off Jalan Sultan Alam Shah, di sini, dipercayai bagi mendapatkan beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung kes itu.
Kira-kira 40 minit berada pejabatnya, suspek dilihat dibawa keluar dari bangunan itu dengan dikawal ketat anggota polis dan diikuti dua wanita yang dipercayai kakitangannya.

Seorang anggota polis kemudian dilihat membawa tiga fail yang berisi dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan. -BH

1 ulasan:

ISA berkata...

Salam GB,

Di bawah tu C&P, jawapan komen gua kepada pengomen dlm blog gua atas tajuk:

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/09/penting-malware-panduan-membuang.html

Mungkin ada yang baca tak habis dan timbul kekeliruan, siapa empunya artikel. (Gua pun rembat dari blog orang lain bro)

Apapun terima kasih kepada lu... atas maklumat tersebut.

Salam - Isa.

__________________________________


Stone,

Dan menjawap sekaligus Tanpa Nama di atas.

Dalam dunia siber ni memang banyak pencuri artikel dan gambar. Bagi Blog gua, tak pernah ketinggalan memberi kredit kepada sumber2 yang gua rembat, termasuk artikel ini.

Dari artikel ini, jelas di notakaki gua sudah jelaskan. Dan bagi sesiapa yang baca mengunakan otak akan paham siapa yang empunya artikel ini.

Nama GB (GreenBox) jelas sekali di perenggan ke 3. Muslimeen United ambil darinya, dan gua rembat pulak dari Pak Oncu.

Secara tak langsung, nama2 yang terlibat dalam artikel itu, telah memberikan kredit kepada empunya artikel.

Anyway, terima kasih kepada GreenBox dengan maklumat yang berguna buat semua.