22 Sep 2010

Tiada Sumbangan RM4 Billion - Hanya Penipuan UMNO Untuk Jatuhkan PAS Kelantan

ADIK TOK GURU KENA TIPU?

Jom kita lihat laporan berita seperti berikut;

Berita Harian;

KOTA BHARU: Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, mendakwa sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion, malah ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.


Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di sini, malam kelmarin. Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.[sila klik]

KOMEN:

apa persepsi yang UMNO/BN mahu timbulkan?

kerajaan kelantan adalah kerajaan yang mundur.

LAGI;

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

komen:

Apa persepsi yang BN/UMNO mahu timbulkan?

Kononnya PAS kelantan terlibat dengan Rasuah.

PERSOALANNYA?

apakah benar wujud projek yang di maksudkan?

jawapannya;

Menteri Besar [tok guru nik abdul aziz] itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab. [sila klik]

lagi;

Pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd di sini malam kelmarin menjelaskan kehadiran di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadiran di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil untuk menerima replika cek terbabit.

“Memang Ayah Din tak tahu menahu tentang perkara itu, Ayah Din pergi hanya memenuhi jemputan, siapa Ayah Din untuk mewakili kerajaan negeri dan Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di sini. [sila klik]

JUSTERU;

Ini propaganda UMNO/BN yang baru. ia ingin melahirkan persepsi, kononnya PAS terlibat dengan rasuah. dan lagi, mereka mahu gambarkan kononnya Kelantan adalah negeri yang mudur.

Peliknya, nak bagi derma kepada PAS kelantan sehingga mencapai RM 4b, tapi seorang pun pimpinan PAS kelantan tidak tahu menahu tentang derma itu? yang peliknya lagi, macam mana adik tok guru yang tidak ada kena mengena dengan PAS dan Kerajaan negeri, boleh dijemput hadir sebagai penerima cek besar tu?

Cuba siasat sama, apakah wujud sebuah syarikat yang mempunyai eset sampai AS$2trilion????

sekian

pesanan kepada UMNO/BN - Kalau nak menipu, atau nak buat propaganda pun, biar logik sikit. Jangan sampai, budak belajar PASTI pun boleh perasan.

Wallahu 'Alam -Al-Bakistani

Ulasan GB

GB telah mengesani lebih awal sewaktu mula-mula berita ini tersiar di Berita Harian/ Harian Metro. GB tidak terus menyalin-tampal. Biar betul, RM4b, dalam hati kecil GB berkata.

Akhirnya terbukti ia hanyalah permainan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

Tetapi ada juga yang tertipu. Termasuk para blogger PAS yang begitu cepat tangannya untuk salin-tampal sebelum merujuk hal sebenar sehingga merekalah yang menyebabkan puak UMNO melebar-luaskan ketawa mereka.

Dan yang penting, jangan percaya kepada UMNO walau rapat macamana sekalipun. Tengoklah bagaimana adik TGNA sendiri ditipu oleh rakan baiknya sewaktu sekolah dulu. UMNO menggunakan iblis yang bijak menipu.


7 ulasan:

AKU berkata...

Dasar munafik yang bukan tahu akan halal dan haram, janji bedal.
Lagi depa dok buat khianat, lagi tu keruntuhan BN nampak lagi jelas.
Kalaulah syarikat itu mempunyai harta sebanyak US 3 trillion bersama dgn RM 10.5 trillion. Kenapa tak bantu rakyat Malaysia sebab aset syarikat itu saja melebihi aset negara Malaysia kita ni. Hairan, ya. Kita kena siasat syarikat ni. Mana SPRM? Mana PDRM?

Tanpa Nama berkata...

tak tipu bukan china, tak mabok bukan keling, tak eksyen bukan melayu, tapi kalau tak tipu,mabok,eksyen,rasuah, rompak, bunuh, buang anak..... bukan amno! pendek kata amno juara semua kategori termasuk tak semayang!!!!

martoiriat berkata...

Ini semua mengarut siapa mahu bagi RM4 bilion, nak ambil dari mana duit itu.Entah syarikat I'DA World pun tidak ada wang sebanyak itu, cuma sengaja untuk memburukkan imej Tok guru dari kaca mata rakyat.
Jika difikir logik akal,Mana ada orang bagi duit kepada parti sebanyak itu dan orang yang menerima sumbangan itu pula tidak ada kena mengena dengan kerajaan dan tambah lagi Tuan Guru Nik Aziz dan exco2nya tidak dijemput. Ini mungkin cerita2 donggeng ciptaan Umno yang ketandusan modal politik.

Tanpa Nama berkata...

IDA World dapat projek dari Kerajaan Kelantaan 300 BILLION??

Biar benar bro? Kerajaan Malaysia nak bagi projek 3 bilion pun nak terkencing dibuatnya, inikan pula Kerajaan Kelantan?

Konfirm tahun depan Abdul Rahim nie akan naik tahkta sebagai ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA. Kalau projek 300bilion untung bersih 15% pun dia dapat 45bilion. Peh KAYA KAYA KAYA MEMANG KAYA.

TIPU PUN PADA-PADA LA, JELAS LAGI NYATA SPESIS PENCACAI umngok JENIS BODOH! BODOH! BODOH!.

-wakleman-

otaklunyai berkata...

Sumbangan jika ikhlas dengan niat kerana Allah apatah lagi jika untuk membangunkan Syariat Islam adalah amat baik dan terpuji. dan sudah semestinya ganjaranNya amat besar. Namun dalam keadaan sekarang pihak PAS atau siapa2 saja MESTI berhati-hati dalam apa2 juga perkara yang boleh atau akan melibatkan PAS kerana kita amat sedar dan tahu musuh-musuh PAS (ISLAM) sedang mengatur strategi untuk menggagalkan usaha untuk mengambil alih pemerintahan yang sesat lagi menyesatkan sekarang ini. Segala macam bentuk fitnah di susun reka sebaik-baiknya untuk menjatuhkan PAS sebagai peneraju utama kearah pembentukan pemerintahan yang berteraskan ISLAM yang Syumul. Jadi berhati-hatilah dan bertawakkal lah kepada ALLAH. Pepatah orang tuan juga ada menyebut "Pelanduk Selalu Melupakan Jerat Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk". Namun maksud Firman Allah "Mereka merancang dan Allah juga Merancang dan Sesungguhnya Allah adalah Sebaik-baik Perancang" .. Bertawakkallah kepada Nya dan terus berusaha dan lebih bijak dalam melakukan sesuatu tindakan yang selalunya akan menimbulkan Fitnah kerana ianya telah dirancang sebaiknya oleh musuh Allah. Wallahualam...

Unknown berkata...

Salam,

Berpada-padalah klu benci pon. Yg buruk smuanya UMNO, ada bukti ke .... fitnah is a two way thing also, menuduh dan membantai org lain mmg seronok untuk menutup kebodohan dan kelemahan diri sendiri.

Dalam parti apa pon, mesti ada org2 yg bodoh/tamak/sewel macam nie, termasuk dlm PAS sndiri, xkanla bila jd kes mcmnie, trus lucut keahlian org tu n jd org UMNO.

Ada juga blog PAS smlm yg nasihatkan utk berjimat cermat dgn duit ni ..... tu pon bodoh jugak la kan, tanpa usul periksa trus percaya .... sama jugakla ngan menteri2 UMNO yg suruh SPRM gi cek.


Skali skala terimala kelemahan diri, x de org yg maksum dlm dunia ni.

Keje adikbradik si Eli Lubnan kaki klentong je smua ni. Diorg ni ada di segenap sudut.

Tanpa Nama berkata...

tak tipu bukan china, tak mabok bukan keling, tak eksyen bukan melayu, tapi kalau tak tipu,mabok,eksyen,rasuah, rompak, bunuh, buang anak..... bukan amno! pendek kata amno juara semua kategori termasuk tak semayang!!!!'

ADA LAGI YANG TERTINGGAL...
BUAT FITNAH, MEMECAHBELAHKAN SESAMA SAUDARA.. DAN YANG PALING BAGUS JADI LANUN DI DARATAN....