4 Mei 2010

Menyanggah Kenyataan Ketua Polis Negara

Jangan pertikai tugas polis: Musa

SERDANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lalu.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah.

"Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan," katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Sarjan Roslan Bachik, 49, di Hospital Serdang yang patah kaki kanan akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya petang kemarin.

Beliau berkata, kes yang membabitkan anggota polis sehingga mengalami kecederaan atau kematian dalam menjalankan tugas tidak mendapat perhatian daripada NGO atau masyarakat.

"Sebagai contoh kes yang melibatkan seorang anggota trafik kita kelmarin sehingga patah kaki kanan, ini disebabkan oleh anak orang yang 'baik-baiklah' sehingga jadi macam ni," katanya.

Katanya, walaupun polis berjaya melaksanakan tugas dengan baik namun ia tidak pernah dipuji dan dihargai masyarakat.

"Jangan perlekehkan tugas polis kerana kita mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara.

"NGO yang campur tangan dalam tugas polis tidak prihatin dengan tugas kita melainkan pihak kerajaan yang mengambil berat terhadap anggota polis yang cedera atau maut dalam menjalankan tugas," katanya.

Musa berkata, kertas siasatan berhubung kes Aminulrasyid, 15, akan diserahkan semula kepada pihak Peguam Negara dalam masa terdekat selepas siasatan kes tersebut lengkap.

Jumaat lalu, pihak Peguam Negara menyerahkan semula kertas siasatan itu dan mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut.

Semalam tiga saksi utama, Azamuddin Omar, 15, rakan kepada Allahyarham Aminulrasyid serta kakak dan abang iparnya iaitu Tuty Shaninza Anom Amzah, 36, dan Muzafar Mahali, 36, dipanggil semula untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Dalam kejadian 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Rakan remaja itu sempat melarikan diri. - Bernama

Ulasan GB

Itu kenyataan dari seorang bergelar Ketua Polis Negara!

Menunjukkan kepada kita KPN tersebut bertugas bukan demi untuk negara, tetapi untuk dipuji dan puja... selain mengumpulkan pangkat, harta dan nama!

Musa Hassan, dengar sini.

Tiap-tiap orang memilih bidang pekerjaan masing-masing dan setiap orang ada peranan dan sumbangannya kepada negara.

Anda memilih untuk bertugas sebagai anggota polis sepastinya anda mengetahui tentang risiko yang perlu ditanggung.

Anda buta? Selain polis ramai lagi yang bekerja demi untuk negara tetapi tidak merungut jika tidak mendapat pujian kerana itu adalah KEWAJIPAN yang perlu dilaksanakan. Apatah lagi sebagai penjawat awam, anda telah dibayar GAJI untuk perkhidmatan anda, malah polis dimanjakan dengan sedikit kelebihan apabila tatkala anda semua menikmati kenaikan gaji, penjawat awam lain terlopong dan ternganga luas mulutnya! Anda tahu itu?

PM mengumumkan kenaikan gaji untuk polis. Bukankah itu satu penghargaan? Dan PM menaikkan gaji bukan dari duit poketnya atau duit adiknya yang menjadi saudagar bank, tetapi dari duit cukai yang dibayar oleh rakyat.


Saya katakan lebih ramai di sana yang bukan anggota polis tetapi bekerja demi untuk kesejahteraan rakyat dan negara tanpa memperdulikan pujian dan pujaan sekalipun ada diantara mereka menyabung nyawa. Itu anggota tentera, pengawal keselamatan, wartawan, guru, kerani, posmen, malah nelayan di lautan, peladang dan petani di bendang, pemanjat tiang eletrik dan telefon, buruh kasar binaan malah setiap wargangara yang bekerja, ada risiko yang mereka tanggung dan kesemua mereka telah, sedang dan terus memberikan sumbangan terhadap negara.

Malah jangan terperanjat jika saya menyatakan para blogger juga ada peranan dan sumbangannya untuk kemajuan dan pembangunan negara. Jadi, apa besarnya kamu polis-polis sampai kamu tak boleh ditegur dan tak boleh disentuh lansung oleh rakyat dan NGO?

Justeru itu, kamu jangan pertikaikan hak orang lain untuk mengkritik kredibiliti polis yang jatuh merudum sejak kamu menjadi ketuanya. Kalau tak mahu dikritik dan ditegur, letak jawatan semua, jangan ambil gaji dari duit rakyat, ramai yang sedang menganggur sedang mencari pekerjaan yang boleh mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh kamu-kamu semua.

Mengambil kata-kata Ahmad Nisfu: kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang.


8 ulasan:

lucas berkata...

standing ovation for GB!

Tanpa Nama berkata...

Salam,Saya syorkan agar KPN jgn lah melawat anggotanya sahaja.Lawatlah juga keluarga allahyarham yg meninggal dunia dunia sebabkankan kesilapan Polis.At least can ease the tension between the family.

Tanpa Nama berkata...

macam mane org tak pertikaikan kalau kpn pun nak pertahankan tindakan yg melampau. kerajaan saje yg prihatin ttp rakyat tidak padehal rakyat sentiase prihatin terhadap keje polis yg sampai skrg ni tak dpt cari budak hilang, kes ong beng teoh, kes altantuya..dan banyak lagi kes besar.nampak sangat kpn membodek...

Ketiorku berkata...

Inilah petanda bahawasanya PDRM di murkai ALLAH. Semua musibah dan kekalutan yang berlaku adalah peringatan dari ALLAH kepada seluruh warga PDRM supaya mengembalikan pada yang berhak hak-hak mereka dan meninggalkan yang batil.Musibah PDRM ini juga sebagai peringatan kepada semua institusi kerajaan agar berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.Kembalikan hak rakyat!!

Tanpa Nama berkata...

itulah jadi kalau pihak atsan PDRM tidor...itu sebab jangan tido....kerja la...gaji dibayar oleh rakyat...salahkah rakyat memberi teguran....

Tanpa Nama berkata...

siapa bunuh altantuya? kenapa? siapa arah?

Tanpa Nama berkata...

Apa punya KPN... Orang bukan pertikaikan kerja Polis... Tapi yang jadi isu, cara laksanakan 'kerja' tu... Polis kan telah di latih utk laksanakan 'kerja' mereka atas lunas-lunas undang2.. Contoh, kalau nak menembak, bila, bagaimana, nak tembak mana dulu..Semua ada procedure dan lunas-lunas undang-undangnya. Bukan main tembak aje.. Itu yang kita dok tegur sekarang nie.. Kita taulah, Polis memang ada buat kerja.. Kalau Polis tak buat kerja, dah lama Polis di'kerja'kan oleh rakyat2 yang prihatin mcm GB nie..Nie baru kena tegur sikit, dah mcm-mcm keluar kenyataan.. KPN kita nie betul berjiwa 'kecik' lah.. Camna boleh jadi KPN agaknya..

Tanpa Nama berkata...

Baik letak jawatan sajalah lagi baik Musa Hssan ooiii...muka hang pun kami meluat dah tengok inikan bila hang mengeluarkan kata-kata hang... hishhh geli geleman aku.