2 Mac 2010

Teoh Mungkin Dicekik, Hampir Mengesahkan Penemuan Dr Pornthip (updated)

Ketua patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor hari ini bersetuju dengan hujah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar ada kemungkinan kecederaan di bahagian leher dialami Teoh Beng Hock kemungkinan disebabkan akibat cekikan, penemuan yang yang pernah dikemukakan oleh ahli patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand.

Bagaimanapun beliau menegaskan di mahkamah bukan cekikan yang kemungkinan menyebabkan kematian tetapi jatuh dari bangunan tinggi yang menjadi punca mendiang meninggal dunia.

“Dia (Dr Shahidan) bersetuju bahawa kecederaan kepada bahagian depan leher kemungkinan tidak berkaitan dengan kejadian jatuh. Ia terbuka kepada hujah bahawa ia kemungkinan wujud kecederaan sebelum jatuh,” kata Malik, peguam yang bertindak bagi kerajaan Selangor.

Teoh, setiausaha politik kepada kerajaan Selangor ditemui mati pada 16 Julai lalu selepas ditemu siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepanjang malam.

Malik menjelaskan kepada wartawan bahawa kecederaan kemungkinan oleh tercekik ataupun berlaku pergelutan.

Beliau berkata terdapat tiga jenis kecederaan utama pada bahagian leher dan punca kepada dua kecederaan adalah berbeza daripada kecederaan ketiga, di sekitar bahagian leher.

“Kini diterima bahawa dua kecederaan di bahagian saraf leher ada berbeza daripada saraf yang di bahagian mendalam,” katanya.

Terdahulu peguam keluarga Teoh, Gobind mengemukakan persoalan untuk menimbulkan keraguan berhubung penemuan pada hasil laporan pertama yang dikendalikan oleh Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Peguam berhujah bahawa laporan itu tidak cukup kerana tiada ujian dijalankan untuk memeriksa tanda di sekeliling leher.

Tiada pembedahan dilakukan ke atas bahagian-bahagian utama, yang paling penting kecederaan di bahagian leher. Dua perkara penting yang perlu diteliti tidak terdapat dalam laporan pertama.

“Pembedahan tidak dilakukan dalam laporan pertama sebagaimana dijalankan dalam bedah siasat kedua,” kata Gobind.

Sambil Dr. Shahidan bersetuju bahawa laporan itu kekurangan beberapa butiran dalam penelitian terhadap bahagian leher mendiang dan seiring dengan hujah Gobind bahawa adalah sesuatu yang janggal apabila kesan pada leher Teoh tiada dalam laporan bedah siasat pertama, beliau bersetuju dengan syor Gobind bahawa laporan itu tidak cukup dan tidak lengkap.

Dr. Shahidan seterusnya mempertahankan penemuan laporan pertama walaupun bersetuju dengan cadangan kemungkinan ada elemen dicekik.

“Kesan pada bahagian hanya akan jelas selepas 24 jam kejadian. Itu sebabnya mereka tidak dapat melihat kesan itu. Kesan cekikan tidak kelihatan pada leher Teoh Beng Hock,” kata pakar itu.


Inkues TBH: Beng Hock Mungkin Dicekik

SHAH ALAM, 1 MAC - Adakah Teoh Beng Hock dicampak atau terjun sendiri?

Jawapan Ketua Bahagian Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohd Noor ketika disoal balas Malik Imtiaz Sarwar perbicaraan pada Inkues Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, hampir mengesahkan teori Dr Prontip.

Menjawab soalan peguam keluarga Beng Hock itu, Dr Shahidan, saksi ke-31 kes itu menyatakan beliau bersetuju wujud kemungkinan Beng Hock tidak sedarkan diri akibat dicekik atau dijerut sebelum dicampak dari pejabat SPRM.

"Doktor(Shahidan) seakan bersetuju yang kita boleh melihat kecederaan di bahagian depan leher adalah disebabkan perkara berbeza dengan kecederaan di kolum spinal. Kecederaan di kolum spinal adalah disebabkan terjatuh (dari tempat tinggi) tetapi dia tak sanggup mengatakan itu adalah sebab kecederaan di bahagian depan leher,"katanya.

Perkembangan ini membuka kembali teori bahawa Teoh telah diseksa sehingga pengsan semasa disoal siasat dan bukannya terjun dengan kerelaannya sendiri sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

"Sebagai contoh, (keadaan) matanya dan arteri karotid mendiang semuanya menunjukkan persoalan kekurangan darah ke otak. Dan doktor telah menerima yang jika otak kekurangan oksigen, kemungkinan yang berlaku ialah tidak sedarkan diri dan pengsan," katanya. -TVS





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas barisan peguam..kita percaya kebenaran akan terbukti akhir nya..dan campak kan mereka yang bersalah ke penjara

Tanpa Nama berkata...

tambah sket anon 9:11, bukan setakat penjara je, kena hukum gantung sampai mati mcm kes altantuya. kalau aku jadi hakim aku cekik sebelum gantung lepas tu humbankan dia dari menara klcc. pasai tu aku tak boleh jadi hakim. emosi bro.

Tanpa Nama berkata...

Tambah sikit anon 12.02pm,yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya,yang meletupkan Altantuya,yang beri arahan bunuh,yang beri kebenaran keluarkan bomb C4 - hukumnya semua diletupkan macam mereka meletupkan Altantuya.