2 Mac 2010

RM9 Ribu Sebulan Tak Cukup - Sallehuddin Hashim

Datuk Salehuddin Hashim hari ini mengakui kenyataan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali bahawa bekas Setiausaha Agung parti itu, kecewa dengan insiden membabitkan Kumpulan Perangsang hingga mendorongnya keluar parti.

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu kenyataan bagaimanapun enggan menghurai lebih lanjut insiden berkenaan kerana tidak mahu memalukan individu tertentu.

Salehuddin juga menyindir Syed Husin sambil menyatakan beliau memiliki rekod kiriman emel sulit tetapi enggan mendedahkannya kepada umum.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengakui ada meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya.

Salehuddin juga menganggap bayaran RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah dicurahkannya berbanding gaji terakhir beliau sebelum bersara dan berkhidmat dengan PKR.

Beliau juga mendakwa berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola menggunakan wang sendiri untuk perbelanjaan pejabat.

Beberapa jam terdahulu, Syed Ali mengeluarkan kenyataan media bahawa Salehuddin keluar parti berikutan marah kepada pimpinan parti apabila tuntutan untuk memperoleh layanan istimewa tidak dilayan.

Beliau menyatakan kemarahan Salehuddin memuncak apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang membawa gaji RM50,000 sebulan, ditolak dan meletak jawatan tidak lama kemudian.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanya budak-budak pun tahu, masuk UMNO nak wang...

perunding berkata...

emmm..hanya kaki juang je boleh hidup tanpa wang.

dia kaki wang bukan kaki juang...

takde wang nak hidup camna bang..

yang ni nak gaji..

yang ari tu marah tak dapat tender

yang tu marah tak dapat kontrak.

Kuda Perang berkata...

Betul..!!! Segala2 perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR adalah kerana wang UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

PKR mmg patut halau je pemimpin mcm ni..pemimpin PAS pun tak ade yg buat duit byk mcm die nak..tp tetap setia dgn perjuangan..sia-sia je PKR simpan pemimpin tamak haloba..