2 Mac 2010

ADUN BN Kecut Pertahan Hak Royalti Minyak Rakyat Kelantan

Keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah dilihat sebagai satu langkah yang tepat bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood (gambar) menjelaskan tindakan itu diambil memastikan perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Negeri dan Petronas hormati dan dilaksanakan.

"Respons dari rakyat Kelantan tidak kira samada mereka menyokong Barisan Nasional ataupun PAS, apa yang mereka kehendaki hak royalti kita perlu dibayar bukannya dipinda dan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP).

"Bagi kita JPP adalah badan haram dan tidak sah dan mengikut Perlembagaan royalti sebanyak 5 peratus perlu dibayar kepada kerajaan negeri bukannya kepada JPP. Lihat di Terengganu Menteri Besar mahu royalti dibayar kepada kerajaan negeri bukan kepada JPP.

"Ini yang menyebabkan kita bawa isu ini ke mahkamah agar semua faham apa yang kita tuntut," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Beliau memberitahu semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan berlangsung semalam persetujuan telah dicapai supaya kerajaan negeri membawa perkara ini mahkamah dan usul tersebut telah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk dari BN.

"Kerajaan negeri sekarang sedang meneliti masa yang sesuai untuk di bawa ke mahkamah dan kita akan menggunakan apa jua saluran bagi memastikan mandat yang diberikan kepada rakyat dapat kita tunaikan.

"Royalti bukan hak kita tetapi hak rakyat dan rakyat perlu merasa setiap kemudahan dan juga kebajikan yang kita lakukan setelah mahkamah mengarahkan royalti dibayar kepada Kerajaan negeri," jelasnya lagi.

Beliau yang terkejut dengan kenyataan yang mengatakan enam ADUN BN telah menarik balik sokongan menyifatkan tindakan itu tidak menghormati keputusan yang telah dibuat di dalam DUN.

"Inilah kerja Umno yang tidak habis-habis buat kerja bodoh, semasa kita mengulung hujah mereka keluar bila tak faham macam nilah jadinya. Mereka sebenarnya tak ada pegangan, orang Kelantan sepatutnya membawa balik hak mereka ke Kelantan tapi wakil rakyat BN tidak, mereka nak nafikan hak rakyat.

"Mereka sebenarnya mendapat tekanan dari Badan Perhubungan Umno Negeri sebab tu lah ubah pendirian, macam mana nak berjuang kalau sentiasa mengikut telunjuk pihak atasan. Pihak kerajaan negeri akan teruskan usul berkenaan kerana persetujuan telah di ambil,"
tegas Abdul Fattah lagi.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak yang berkaitan dengan kepentingan awam.

Usul terbabit berbunyi, “Bahawa DUN memberi mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri”. -Suara Keadilan

1 ulasan:

akhi berkata...

http://malaysiakini.com/news/125510

BN x sensitif isu masyarakat ISLAM!