12 Mac 2010

Tahan Ahli AMK Tindakan Terdesak Umno-BN

Gombak 12 Mac - Dua ahli Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gombak ditahan polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar risalah yang mengandungi laporan perubatan berhubung perbicaraan Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira, kedua-dua berusia 21 tahun, ditangkap keika mengedar risalah tersebut di perkarangan Masjid Ar Ridwan, Ulu Kelang selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka pada mulanya di tahan di Balai Polis Taman Melawati dan kini di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat dan mengambil keterangan.

Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainudin ketika dihubungi Suara Keadilan berkata tindakan polis itu adalah satu bentuk tekanan dan intimidasi ke atas ahli dan pemimpin KEADILAN diseluruh negara.

"Dua orang ahli AMK itu bukannya mengedar risalah tetapi surat daripada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution yang berbicara mengenai konspirasi dan perancangan jahat Umno dan Barisan Nasional terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiausaha Agung bertanggungjawab memberi penjelasan yang sebenar berhubung isu ini dan ini adalah hak kita. Jelas Umno dan BN kini semakin terdesak," kata Khairul.

Beliau berkata sekiranya pihak polis terus tunduk kepada arahan Umno dan BN rakyat akan bangkit dan menentang kezaliman ini. -SK/TVS



Tiada ulasan: