12 Mac 2010

Ibtrahim Ali Pengerusi Perkosa Bukan Perkasa, Pernah Jadi Pengarah Syarikat Vincent Tan

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina. -malaysiakini

3 ulasan:

Martoiriat berkata...

Memang katak oh katak.. lompat sana sini.. maki sana maki sini dalam ceramahnya. Tak layak memperjuangkan bangsa melayu. Manusia yg tidak pernah tetap pendirian. Cakap2nya penuh donggeng dan bacul. Aku pun tak tahu apa yg beliau cari dalam politik..

anti katak berkata...

Oiii pak brahim al-kataki.... mmg tak salah berurus niaga dgn koperat cina... tapi yg hang dok marah kat depa pasai apa? Awat hang tak hentam UMNO pasai UMNO lah yg menyebabkan org melayu jadi macam ni? Selama 50 tahun UMNO memerintah, apa yg UMNO buat? Nak salahkan PAKATAN RAKYAT juga ke? Bangang punya PERRKOSA... opss sorry... PERKASA... Bila nak tukar nama jadi PERKATAK?

Rahman As-Syam berkata...

ini lah dia cakap tak serupa bikin..