24 Feb 2010

PAS Nak Tawan Semula Terengganu?

PAS takkan ulangi kesilapan di T'ganu - malaysiakini

PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya.

Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.

Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti.

Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara 'biasa', mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS.

Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.

“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:

“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”

Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan.

Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.

“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.

Ulasan GB

Ringkas sahaja, dengan keangkuhan pemimpin dan juak-juak PAS Terengganu disamping gagal menghargai kritikan yang diserlahkan sehingga kini, tidak sukar untuk kita meramalkan, mereka tidak akan dapat menawan Terengganu semula.

Begitu jugalah replika mereka di Selangor seperti Hassan Ali & Iskandar Samad, Tuan Ibrahim & Nasruddun Tantawi di Pahang, Nasaruddin Isa & Nik Amar di Kelantan dan Idris Ahmad & Misbahul Munir di Perak.

Maaf cakap, majoriti ahli-ahli PAS sendiri dah skeptikal dan meluat dengan mereka dengan sikap lalang mereka sehingga ada yang menikam kawan sendiri, apa tah lagi rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP.

Kecualilah mereka berubah, insyaAllah ramalan GB biasanya tepat.


19 ulasan:

Awanama berkata...

Selagi muka2 tu buat semak, mati berangan ler PAS Tenganu kite!

sb dehlawi berkata...

kalu tok tau stratigi kato la tok tau. lain kali jange belagok..stopa...

Unknown berkata...

Mustafa sendiri gagal memahami bahawa salah satu sebab kejatuhan PAS terengganu adalah kerana perangainya yang memberi imej buruk kepada kakitangan kerajaan negeri. Pegawai pegawai kerajaan memandang mustafa ini sangat bongkak dan bodoh.
PAS akan menawan balik terengganu?Kalau setakat duduk atas kerusi empuk lepas tu yakinkan diri sendiri akan menawan semula, pigirahhhh. Cubalah turun padang,aku pasti kau akan tahu bahawa UMNO akan menang lebih besar.
Banyak PAS cawangan sudah tidak semangat untuk mengadakan usrah dan mesyuarat kerana meluat dengan perangai pemimpin ganu.
Kekadang rasa malu bila ada pilihanraya kecil di negeri lain, para petugas terengganu sering disindir atas sebab perangai pemimpin ganu.

Awanama berkata...

kalau tahu UMNO/BN musuh yang tak boleh dipercayai kenapa nak buat UG?

Awanama berkata...

tahu pun UMNO musuh no 1 Pas

Awanama berkata...

daripada percaya UMNO lebih baik percaya kepada khalid samad

Awanama berkata...

UMNO musuh terang-terangan yang menipu dan menzalimi rakyat

Awanama berkata...

Blog GB sentiasa Terang, Tajam & Tepat.

Awanama berkata...

Ops al-Falah yg dijalankan setiap DUN (Ganu) tu cmne? Khabarnya ramai yg bersungut sbb pimpinan negeri x turun..

Awanama berkata...

dah tau ada silap tu... amek tanggungjawab la... letak jawatan...

ni duk pungpangpungpang suruh orang lain letak jawatan... yang kena taim dia... nak terus je duk kat atas singgahsana... cheh!!

benci asobiyah berkata...

Terengganu? Asobiyah Umno nak dilawan dengan asobiyah cara PAS Terengganu? Kita tengok saja ler asobiyyah mana yg menang. Semua org salah tapi pimpinang kite dak pernah buat salah. Selagi ahli-ahli PAS Terengganu tak keluar dari kepompong fahamang asobiyah yg diterbiah oleh pimpinang mereka, bulang tetap retak di Terengganu.

budak manjoi berkata...

saya org perak dan pas sejak dulu lagi.

memang tak berkenan saya dgn ust misbahul ni,kasar dan suka buat lawak hina kata org,dah banyak kali saya tengok depan public(ceramah) selamba saja dia panggil seorg YB dap gemuk dan macam2 lagi.

dia ni memang pro UG,malangnya dia juga s/u perak dan berdampingan dgn YB nizar.memang saya respect nizar bole bekerja dgn misbahul ni.

tidak di nafikan pengorbanan misbahul dalam pas tapi kalau dah UG,pada saya kredibilty menjunam pada saya

mtgbertam berkata...

Pernah dulu ada PRK di T'ganu. Ramai pemuda2 PAS Selangor dihantar membantu. Tapi, ramai yg balik awal kerana asyik disindir pemimpin PAS sana konon PAS T'ganu dah pandai dan cukup tenaga..takyah pandai2.

Tokpa elok turun...

Awanama berkata...

hampa yang komen ni pun macam tali barut umno je..

Awanama berkata...

anon 11.31 kata "hampa yang komen ni pun macam tali barut umno je.."

kan GB dah kata golongan ni memang tak harga kritikan dan teguran. dia akan kata orang yg menergur mereka sebagai org umno.

Nizam berkata...

Dikelantan ada stopa mohamad, di terengganu ada stopa ali. Dua-dua pengkhianat

wakseman berkata...

aku pon setuju ngan GB.
Konpom PAS Terengganu bakal kecundang lagi.

cukup2 sombong dan angkuh juak terengganu ni. macam mereka tu malaikat tapi tak sedar kebebalan mereka.

Awanama berkata...

tu bab ganu, ko bayangkanlah pengarah pgs pas pusat dari ganu! cara dan stail saraf pusat akan sebaya saraf ganu...dua kali kecundang (2204 & 2008) tak leh rampas balik ganu... gua respek laa pas pusat... jentera pas ganu berkumpul di jalan raja laut untuk hadapi pru 13. ada orang kata ug tu talian hayat pemimpin2 expired pas ganu... isy, boleh jadi betul ni...

mat antistopa berkata...

Komen GB memang tepat.Begitu juga komen Ramzi.Selagi tunggul-tunggul lapuk - Stopa Ali,Bakar Chik,Harun Taib dan Hadi Awang - jadi pemimpin diTrengganu,jangan mimpi PAS boleh tawan kembali Trengganu.Pengundi Trengganu bukan tak mau PAS dan tak minat PAS cuma mereka bosan dengan tunggul-tunggul lapok ni kerana dah tau akan perangai mereka bila berkuasa dulu.Itu sebab spisis Jurassic Park ni lari keJalan Raja Laut dan buat huru-hara disana.Stopa Ali ni memang tak sadar diri.Dikampung sendiri pun kalah sekarang cakap besar nak tawan balik Trengganu.Bakar Chik sekarang jadi Pengarah Saraf PAS Pusat,dulu jadi Pengarah Saraf Trengganu,dua kali PRU kecundang.Apa punya bahalul.