9 Feb 2010

Lintas Lansung Dari Dua Mahkamah

Seperti yang kita ketahui ada dua hal menarik pagi ini.

Satu di Mahkamah Persekutuan - isu Siapa MB Yang Sah, Nizar atau Zmbry?

Sementara satu lagi di Mahkamah Tinggi, iaitu kes permohonan Karpal Singh untuk melucutkan Hakim Mohd Zabidin dari membicarakan kes liwat Saiful.

Kedua-dua kes ada implikasi yang besar yang akan mewarnakan sistem perundangan dan politik negara setidak-tidaknya untuk jangka masa pendek.

Untuk membezakan kedua-duanya GB hanya dapat meggunakan warna yang berbeza untuk dua kes ini.


Di Mahkamah Persekutuan
9.20 am Kelihatan Datuk Seri Nizar bersama para penyokongnya. Disambut laungan takbir.

9.30 am: Para penyokong PAS mendirikan solat dhuha dan solat hajat di kawasan lapang

9.35 am: Peguam Negara Abdul Gani Patail masuk ke dalam mahkamah.

9.40 am: Polis memindahkan bangku dari bahagian dalam mahkamah untuk membolehkan lebih ramai yang dapat duduk bagi mengikuti perkembangan.

9.41 am: GB dimaklum sebentar tadi ramai ADUN PR Perak tidak dapat masuk ke dalam mahkamah.

9.42 am: Penyokong Zambry dan BN menyanyi lagu Barisn Kita di luar.

9.45 am: Unit FRU sudah berada di perkarangan mahkamah untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

9.48 am: Nizar bersama isterinya masuk ke dalam mahkamah dan Ngeh turut ikut. Mereka bersalaman dengan orang2 BN termasuk Ganesan & Chang Ko Youn.

9.50 am: YB Hamidah (BN) mengadu kepada polis kerana membenarkan isteri Nizar masuk ke mahkamah tanpa pas.

9.52 am: Di perkarangan, FRU membahagikan orangramai kepada dua kumpulan, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

9.57 am: Lim Kit Siang turut berada di dalam mahkamah.

10.00 am: Kemunculan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan bila-bila masa dari sekarang

10.14 am: Peguam Philip Koh memperkenalkan diri sebagai peguam Nizar kepada para hakim menggantikan Sulaiman Abdullah yang menurut Koh sedang berada di dalam satu kes yang lain.

10.15 am: Hakim Besar Malaya Chief Ariffin Zakaria membacakan keputusan penghakiman.

10.18 am: Hakim Ariffin membaca latarbelakang kes. Para hadirin di dalam mahkamah khusyu' mendengarnya.

10.20 am: Zambry tidak kelihatan di dalam mahkamah. Apakah beliau sudah tahu keputusan?

10.25 am: Situasi di luar mahkamah tenang sementara menunggu keputusan.

10.35am: Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi.

10.48 am: Mahkamah Persekutuan menyatakan ia adalah berdasarkan penolakan Sultan untuk membubarkan DUN di bawah Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak

10.50 am: Perlembagaan Perak Artikel 16 (6) memerlukan Nizar untuk meletak jawatan atau tidak di bawah Artikel 36 (2).

10.52 am: Didapati juga bahawa Nizr telah hilang kepercayaan dari majoriti ADUN telah diperolehi di dalam satu mesyuarat khas di Istana. Mahkamah Persekutuan merujuk kepada mesyuarat khas istana diantara Sultan Perak dengan 31 orang ADUN.

Sampai di sini seperti kita sudah dapat meramalkan apa keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. GB pernah menyatakan di SINI tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya. Begitulah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya.

Apa-apa pun tunggu sebentar lagi.


11.00 am: Mahkamah menyatakan: "Tidak ada keperluan di dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya dilakukan di dalam dewan undangan negeri".

11.05 am:Mahkamah Persekutuan mendapati "Di dalam kes ini, tidak syak lagi Zambry mempunyai sokongan 31 dari 59 ADUN."

11.10 am: Nizr tewas. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.



Di Mahkamah Tunggi

9.15 am: Anwar tiba bersama isteri, Dr Wan Azizah

9.25 am: Chua Jui Meng & Ahli Parlimen Zuraidah berada di mahkamah. Azmin Ali turut tiba. Diikuti Nurul Izzah bersama suaminya.

9.40 am: Para peguam meramalkan kes akan ditangguhkan kerana pendkwa sepastinya memohon masa untuk menjawab

10.00 am: Peguam Karpal Singh memberitahu mahkamah peguam pembela ingin membalas affidavit pendakwa yang dikemukakan semalam.

10.15 am: Karpal mahu anggota SB dikeluarkan dari mahkamah dan tunggu di luar.

10.20 am: Mahkamah ditunda esok pagi jam 9.30 am bagi membolehkan peguam pembela ingin membalas affidavit pendakwa yang dikemukakan semalam




BERITA TERKINI

TAMAT KEMASKINI

7 ulasan:

Awanama berkata...

adakah UMNO mempengaruhi mahkamah?

Awanama berkata...

rakyat nak lihat keadilan mahkamah era pemerintahan najib?

Ralph berkata...

Asyik tangguh jer....

pekene mengena paper utusan dengan kes nie....

nampak sangat nak melambatkan perbicaraan....

xperlah tunggu dengan sabar

Idham berkata...

aku rasa macam tak sedap ati je...
diorang ada plan B...

Awanama berkata...

GB... kes ni bukan zambry ke yang buat rayuan??

Unknown berkata...

Bukan. Kes ini bermula dari keputusan Mahkamah Tinggi bila Nizar diberikan semula jawatan MBnya.

Kemudian Zambry buat rayuan di Mahakamah Rayuan. Zambry menang.

Kemudian Nizar buat rayuan semula di Mahkamah Persekutuan. Nizar tewas.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

abe MIE- Sembahyang Hajat Nizar Jamaluddin di depan mahkamah TIDAK diberkati oleh Allah (Islam) kerana niat untuk menunjuk-nunjuk.

Yang pasti, Nizar Jamaluddin selama 2 minggu telah memperbodohkan kita semua- katanya, keputusan mahkamah memihak padanya!!!

Lepas ini kita tunggu keputusan Mahkamah dalam kes Saiful Bukhari melawan Anwar Peliwat

http://pkrpasdap.blogspot.com/