9 Feb 2010

Pemukiman Pakatan Rakyat Bulan Mac

Serangan bertali arus oleh gerombolan BN terhadap pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pulau Pinang dan Selangor sejak akhir-akhir ini akan dihadapi dengan sebaik mungkin melalui program Pemukiman Pakatan Rakyat (PPR) yang dijangka bermula Mac depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, berkata, tujuan pemukiman itu bagi berhadapan dengan pelbagai perkara yang mencabar PR dan negeri-negeri selain mengatur strategi untuk menanganinya.

Menurutnya, permukiman pertama PR akan diadakan pada 7 Mac depan di Selangor dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.

"Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu, PR yang memerintah di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah diserang satu persatu dari segenap penjuru sejak beberapa bulan lalu.

Bermula di Kelantan, Menteri Besarnya, (MB) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat diserang bermula dari isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehinggalah isu tajaan Haji yang dilihat lebih kepada propaganda BN untuk mengalihkan isu Royalti Minyak di negeri itu.


Serangan BN itu akhirnya mula pudar apabila Ahli Parlimennya (MP) sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan beraninya bersama PAS dan PR dalam memperjuangkan Royalti Minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Malah, Ku Li bersetuju untuk mengetuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan yang dicadangkan PR selain mahu ia diperluaskan melibatkan hak rakyat di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

BN yang terkejut beruk dengan tindakan berani Pimpinan Veteren Umno itu, cuba pula menyerang Selangor dengan memanipulasi isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di negeri itu dengan mendakwa kononnya MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mementingkan kuasa tetapi pada masa yang sama Pengerusi YBK yang juga ahli totok Umno, Zainal Abidin Sakom enggan mendedahkan aliran wang yayasan itu secara telus.

Di Pulau Pinang (PP), Umno/BN pula memanipulasi isu perkauman kononnya Melayu di negeri itu tertindas di bawah pemerintahan DAP.

Umno/BN juga memanipulasi secara maksima isu itu dengan bantuan medianya yang kekal dikongkong dulu, kini dan tidak mungkin selamanya.

Anehnya, media itu bersama pemimpin Umno membutakan mata dan memekakan telinga berhubung peminggiran dan penjualan asset serta tanah orang Melayu selama Umno/BN memerintah PP sejak puluhan tahun lalu.

Rekod menunjukkan Umno sepanjang menjadi kerajaan bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan di negeri itu, Umno ialah Timbalan Ketua Menteri dan memiliki majoriti dalam Dun di negeri itu.

Sehubungan itu, diharapkan dengan pemukiman PR itu nanti, segala penyokong, pengikut dan pendokong sejati PR akan menghadam sebaik mungkin maklumat dan pesanan dari pimpinan PR dalam menghadapi segala serangan BN terhadap pentadbiran PR selain memantapkan agensi penerangan di setiap bahagian di negeri itu.

Bagi negeri Kedah pula, media Umno/BN seakan-akan lumpuh menyerang negeri itu sehingga terpaksa memainkan isu remeh iaitu isu sampah untuk menyerang pentadbiran Ustaz Azizan Abdul Razak.

Malah, seorang editor kanan di akhbar Umno mengakui kebijksanaan MB Kedah itu dalam menguruskan negeri Jelapang Padi itu yang disifatkannya sebagai telus dan cukup bertoleransi.

Antara kesan penting yang dapat dilihat ialah beberapa ahli jawatankuasa kampung yang juga orang kuat Umno mula menyertai PAS dan PR setelah melihat keadilan yang diterapkan oleh Ustaz Azizan di negeri itu. -erapakatan

Ulasan GB

Walaupun lewat dan boleh dianggap "sudah terhantuk baru tengadah", namun sesuatu yang baik dan murni elok diteruskan.

Pakatan Rakyat perlu muhasabah, perlu menilai ke dalam diri, perlu melakukan kajian analisa SWOT, perlu melaksanakan pembedahan mencari punca penyakit yang ada di dalam diri sebelum kita bergerak lebih kedepan umpama sordadu yang telah parah.

"Better late than never".

4 ulasan:

Awanama berkata...

pakatan rakyat kena kerja lebih kuat secara tersusun dan berterusan

Awanama berkata...

dekati rakyat sebaik mungkin sepanjang masa

Awanama berkata...

musuh dalaman patut di singkirkan untuk menguatkan pakatan dalam PRU13

Awanama berkata...

rakyat menyokong penuh pakatan rakyat kerana ada prinsip jelas dalam perjuangan