9 Feb 2010

Nizar Akur Keputusan Mahkamah Persekutuan, Namun Sifatkan Negara Menuju Monarki Mutlak

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan untuk menolah rayuan Datuk Seri Mohmad Nizar Jamaluddin dan mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN sebagai menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Sementara itu Nizar di dalam mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan keputusan yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang sah di Perak akan menjurus kepada sistem “monarki mutlak.”

“Jika keputusan sebegini diteruskan dan menjadi undang-undang pada hari masa ini, ia akan menjurus kepada sistem monarki mutlak,” kata Nizar selepas mahkamah mengisytiharkan Zambry sebegai mentri besar yang sah.

“Ini bermakna raja-raja boleh melucutkan perdana menteri atau menteri besar pad bila-bila-bila masa,” tambahnya.

Nizar yang akur dengan keputusan mahkamah berkenaan, mendakwa keputusan mahkamah itu telah 'mengabaikan duluan' (neglected contitutional precendent) dan mengenepikan hasrat para pengundi.



9 ulasan:

Amal berkata...

Sifat sebagai manusia, jika keputusan menyebelahi kita pujian akan keluar, manakala jika sebaliknya kata nesta dan cercaan di hamburkan

Awanama berkata...

Selepas terkejut dengan keputusan mahkamah PAS dalam kes Hasan Ali - Khalid Samad tempoh hari, rasanya para pencinta keadilan sudah tidak emosional dgn keputusan mahkamah hari ini.

Jika mahkamah PAS pun boleh tidak adil, apa yg hendak diharap dari mahkamah UMNO?

Awanama berkata...

Memng sifat manusia akan bergembira sekiranya apa yang diharapkan dapat atau impian jadi kenyataan.

Kalau tak dapat mereka akan menjadi marah sehingga hilang akal warasnya.

Mohd. Nizar telah kalah. Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat hanya mampu mengeluar kata-kata tidak puas hati saja terhadap keadilan yang tidak adil. Tapi kalau Zambry yang kalah... kita akan menghadapi perang saudara diseluruh negeri Perak. Pekara ini memang pasti berlaku.

Lihat perangai ahli atau pencacai UMNO tentang kalimah Allah, apa yang telah mereka lakukan, PM dan menteri dalam negeri juga dilihat bersubahat dalam hal tersebut.

Walau apa pun alasannya, rakyat yang tidak pro pada UMNO tetap menunding jari kearah parti itu yang dilihat bertanggongjawab mewujudkan masaalah perkauman dalam Malaysia. Pemimpin UMNO adalah punca menimbulkan segala masaalah yang menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan tidak selesa.

Belum masanya lagi untuk rakyat bertentang mata dengan ahli UMNO secara kurang ajar.....

Awanama berkata...

kalau nak adil kena tumbangkan BN/UMNO PRU13

Awanama berkata...

yang adil kita sokong yang zalim kita sanggah

Awanama berkata...

mahkamah Pas ikut UG bagaimana mahkamah BN nak ikhlas macam TGNA

Awanama berkata...

rakyat dapat menilai pengaruh najib dalam kes ini.

Awanama berkata...

insyaalah semakin ramai anak orang UMNO yang terpelajar keluar UMNO

Awanama berkata...

tak semestinya pr x berlaku sebelum pr 2013 nanti. misti ada hambanya yg akan dipanggil pulang.... jadinya pakatan rakyat jgn buang masa... perjuangan masih panjang. ini demi agama islam selurohnya bukan untuk melayu... tapi islam.... agama yang diredhoi Allah.