5 Feb 2010

Laporan Kes Liwat Saiful Berlebihan Bawa Padah Kepada Utusan

Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di balai polis Merchant Square, Tropicana, Selangor petang semalam berhubung tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu mengandungi gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar pada Julai 2008.

Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat (PKR), Jonson Chong ketika ditemui di luar mahkamah berkata, laporan itu berkemungkinan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Malah katanya, akhbar berkenaan juga mungkin telah melakukan kesalahan jenayah fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

"Seperti yang anda dengar (di mahkamah tadi), apa yang mereka Utusan) telah lakukan sama seperti menghina mahkamah. Jadi saya membuat laporan ini untuk dijadikan rekod bagi proses mahkamah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam prosiding hari ini, pasukan pembelaan ketua pembangkang itu menuntut supaya Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan mengenai perbicaraan kes tersebut.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata, apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ianya satu perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, kenyataan Karpal Singh mengenai pemilik akhbar itu adalah tidak wajar.

"Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah. -MSTAR

3 ulasan:

haha berkata...

(i) Can i f*** u today?
(ii) I want to f*** u today>

Boleh beza x dua ayat ni..
Ayat pertama yg di claimed oleh saiful di mahkamah adalah merujuk kpd pilihan..sudah tentu dia diliwat jika dia menjawab "ok" dan tidak bg sebaliknya..

Ayat kedua ayat penegasan..so mungkin dekat sini kebarangkalian utk menolak lbh kecil ttp masih boleh..
Haha..kalau nk buat konspirasi jgn lupa prepare btl2 skt ayat tu..

Tanpa Nama berkata...

akhbar UMNO masih nak perbodohkan rakyat, ingat rakyat zaman tun razak agaknya, tiada pelajaran?

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah beralih ke media alternatif.