16 Feb 2010

Firaun Kecil Yang Celupar Terhadap TGNA

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepatutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya. -MSTAR

Ulasan GB

Firaun Kecil itu terus menampakkan keceluparannya selepas merasakan dirinya begitu hebat kerana mendapat liputan meluas dari media massa pro-UMNO kerana tindak-tanduknya yang membelasahkan DAP, PKR, PAS dan Pakatan Rakyat amnya.

Apakah beliau tidak menyedari bahawa sewaktu PAS menyertai BN adalah keputusan yang dibuat secara berjemaah dan bukan dilakukan secara individu.

Pada waktu itu PAS di bawah kepimpinan Datuk Mohd Asri Hj Muda telah membuat keputusan menyertai BN selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, yang mana usia Firaun Kecil itu baru 7 tahun yang masih tidak tahu apa-apa bab politik.

Oleh kerana pada waktu itu, keputusan Muktamar Khas PAS di Dewan Bahasa Dan Pustaka melulusan usul penyertaan PAS dalam kerajaan campuran PAS-PERIKATAN.

Justeru itu tidak ada apa yang disifatkan sebagai "pengkhianatan" seperti yang dituduh oleh Firaun Kecil itu terhadap TGNA. Kalau ada sebutkan pengkhianatan apa? Pengkhianatan yang bagaimana? Pengkhianatan terhadap siapa?

Sikap TGNA pada waktu itu mengikut keputusan jemaah. Bukan sendiri-sendiri seperti yang dilakukan oleh Firaun Kecil yang biadab itu.


Dan PAS menerima pengajaran besar daripada pengalaman berada di dalam BN. PAS tidak mungkin mengulangi sejarah pahitnya seperti seseorang yang tidak mungkin jatuh ke lubang biawak dua kali.


12 ulasan:

Awanama berkata...

Aku terasa juga nak marah kepada si zul ni. tetapi setelah berfikir balik, tak ada faedahnya keluarkan tenaga marahkan mamat ni kerana tak berbaloipun.

Mamat ni kalau hebat sangat, dah tak mahu ikut peraturan parti, dalam PRU13 nanti masuklah bertanding sebagai calon bebas dimana-mana kawasan parlimen yang dia konfiden boleh menang - kita tengok sehebat mana mamat ni.

Kalau mamat ni bertanding bebas, kat mana sekali pun, aku nak turun untuk pastikan dia ni xmenang.

bat8

ps: aku sengaja tak nak ulas keceluparanya kepada TGNA. Kalau ulas, xde bezanya aku dengan dia. Takde faedah.

Awanama berkata...

Kelihatan dalam tv Zulkifli Noordin ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu begitu berlagak sekali dihadapan wartawan sambil mengumpat kewibawaan PKR dan mempersoalkan jawatankuasa disiplin parti.

Kerenah Zulkifli ini boleh diibaratkan sebagai pesakit mental. Segala kata-kata dan perbuatannya tidak boleh dianggap salah dan bersalah kerana pemikirannya tidak waras, yang bersalah adalah orang lain bukan dia.

Orang jenis ini amat merbahaya jika dibiarkan berkeliaran kesana kemari tanpa dipantau dan disekat kerana dia akan menimbulkan berbagai masaalah terhadap kepimpinan dan parti.

Ramai yang mengatakan bahawa Zulkifli Noordin ini lahir dari UMNO, membesar dalam PKR.

Bila ada orang dapat mengesan bahawa dia sebenarnya ada mengidap penyakit kronik, maka eloklah firaun kecil dalam PKR tunjukkan kepada nya jalan keluar menuju kerumah UMNO untuk berubat.

Lagi pula UMNO memang memerlukan pemimpin seperti Zulkifli Noordin demi menjaga kepentingan orang melayu dan agama islam. Tanpanya bangsa melayu dan islam akan pupus.....

Awanama berkata...

Bukan lubang biawak - lubang ta..!

Martoiriat berkata...

Begini sajalah wahai YB Zul.. Jika YB Zul fikir TGNA tak ada prinsip Dan PKR tak baik, keluar saja dari PR.. habis cerita..

Contohnya diParlimen KULIM.. Setengah dari pengundi disitu bukannya pilih YB Zul tapi memilih YB Zul kerana bertanding diatas tiket PKR. Jika YB Zul tak yakin, cuba YB zul tanya pengundi2 disitu.
YB Zul menang pun bukan kerana suka kapada YB Zul, tapi kerana pengundi2 benci pada UMNO-BN.

Aku nak tanya YB Zul.. Setelah YB Zul ahli parlimen disitu, bukan setahun aku nak tanya, cuma berapa kali satu bulan YB Zul jumpa pengundi2 disitu atau melawati mereka2 semua.

Jika YB Zul sebulan sekali pun tak datang, janganlah anggap YB Zul saorang wakil rakyat yg baik dan betul segala2nya. Jadi wakil rakyat
yg dipilih oleh rakyat mesti amanah dan bertanggung jawab. Ini hakikat yg YB Zul harus terima sebagai wakil rakyat..

Masehkah YB Zul sedari, dari mana asal usul YB Zul hingga dikenali ramai.Yaa..sama2 berjuang di era reformasi sepuluh tahun yg lalu. Dari situlah YB Zul dikenali dan dipilih sebagai calun PKR. Rakyat telah pun memilih YB Zul sebagai wakilnya tapi YB Zul lupa segala2nya. Setelah YB zul dipilih sebagai wakil rakyat sekarang, YB Zul dah mula besar diri dan menjadi duri dalam daging kpd PKR.
Banyak kenyataan2 YB Zul bertentangan dgn prinsip PR. Ini boleh menunjjokan YB Zul tidak sehaluan dgn PR. Jika YB Zul rasa dlm PR tidak sesuai utk YB Zul, kenapa YB Zul maseh kat situ. Janganlah jadi musang berbulu ayam.

Memang betul kata Tuan Guru Nik Aziz, orang yg melompat parti adalah pengkhianat dan tidak amanah pada rakyat.Rakyat pilih mereka diatas lambang parti bukan kerana individu. Jadi jika YB Zul rasa kata2 ini adalah salah atau tak betul, cuba YB Zul keluar PKR dan bertanding diatas tiket bebas.
Kesimpulanya YB Zul tidak berprinsip dan pentingkan diri sendiri..

Jika pandangan2 kita berbeza dgn pemimpin2 kita, buatlah perbincangan terlebeh dahulu, bukan cara pendedahan melalui media2.Cara itu adalah pengkhianat utk melemahkan parti.. Jadi YB Zul fikir2kanlah..

Oleh itu, jika YB Zul fikir PR tidak berprinsip dan tidak berjuang utk Agama,Bangsa dan Negara, elok2lah YB Zul keluar saja dari PKR dan masuk UMNO habis cerita.. kerana UMNO nilah satu2nya parti yg berjuang utk rakyat.

Awanama berkata...

Ini lah yang dikatakan umat akhir zaman sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Awanama berkata...

Takpe...biarkan dia sorang2. Confirm kita tak nak dia dlm list PRU13. But as damage control, dicadangkan dia dilarang mengeluarkan statement in public or otherwise, kick him out. Lagi bercakap lagi byk masalah mamat nih

Awanama berkata...

Awas!! Orang yang khianat itu memiliki sebahagian sifat munafik!!

Awanama berkata...

kelihatan kenyataan YB Zul ini sering mendatangkan masalah kepada parti pkr dan pr. walaubagaimanapun kenyataan ini perlu dilihat dalam pelbagai aspek seperti adakah patut seseorang pemimpin perlu mengikut secara membuta tuli kepimpinan sesebuah parti. pada zaman politik moden ini budaya mengikut secara membuta tuli tidak dapat diterima oleh masyarakat kini yang lenih mementingkan integriti dan prinsip yang betul. jadi bagi saya tidak salah seseorang pemimpin itu mengeluarkan pendapat walaupun bertentangan dengan pendapat pemimpin. semua orang tahu hanya nabi dan rasul sahaja yang maksum, orang lain termasuk TGNA atau DSAI atau Haji Hadi tidak termasuk dalam golongan maksum. jadi semua orang akan melakukan kesilapan walaupun secara sedar atau tidak. jika seseorang pemimpin itu telah melakukan kesilapan wajib ditegur oleh ahlinya jika pemimpin itu tidak menyedarinya. jika keterbukaan seperti ini tidak dapat diterima ramai maka parti PAS, PKR dan DAP saling tidak tumpah dengan UMNO yang dikatakan sebagai parti yang tidak mengamalkan kebebasan bersuara dikalangan ahlinya. jika semua parti ini adalah sama jadi sebagai rakyat marhaein seperti saya adalah sukar untuk memilih siapakah yang layak untuk memerintah malaysia.

nizam berkata...

Mamat ni tak sedar diri keluar PKR dan join umno habis ceriter jgn le melalak nak hentam Pakatan.Klau tak puas hati dgn pemimpin pakatan buatlah perbincangan dulu.keluar je la zul ooi...

Awanama berkata...

TGNA kata yb yg keluar parti sebagai pengkhianat.... Aku sokong 1000%

errrr... masalahnya pulak Tuan Guru Anwar Ibrahim dulu penah kata dia dah dapat cukup YB BN untuk sertai PR 16 september dan tubuh krajaan baru.... hmmmmm nampaknya mcm Tuan guru Anwar Ibrahim ni org tgk Bapak Pengkhianat pulak.... TGNA baik tarik balik kata2 tu nanti implikasinya kene kat Pak Anwar.... truk nanti UMNO mainkan

Atira J. berkata...

Bilalah mereka-mereka ni nak sedar yang rakyat sebenarnya pilih PARTI bukan individu. Kalau letak monyet sekalipun rakyat pasti akan pilih sebab itu perjuangan PARTI dan rakyat yang memilih ingin sekali melihat perubahan.

Sepatutnya sesiapa yang telah dipilih oleh RAKYAT tidak ada HAK untuk melompat PARTI dan membawa jawatan mereka bersama. Sebenarnya tidak ada istilah melompat parti - be GENTLEMAN - Letak jawatan - tukar Parti dan buat pilihanraya semula. Dari situ tengoklah sejauh mana kredibiliti sebagai pemimpin dan sama ada rakyat akan pilih atau tidak.

Apa punya politik plak ni?

Awanama berkata...

najib mempergunakan orang bodoh untuk kepentingan diri sendiri. sokong penuh TGNA