19 Jan 2010

PAS Perak Perlu Perkukuhkan Parti, Bukan Berspekulasi

Spekulasi lagi. Entah kali ke berapa. Mengharapkan pilihanraya berlaku di Perak dari sehari ke sehari, entah jadi entahkan tidak.

Kita merasakan bahawa PAS Perak sudah tidak perlu untuk berspekulasi bilakah pilihanraya akan berlaku di negeri itu kerana sejarah UMNO BN tidak pernah mahu melepaskan sesatu yang telah dipegangnya. Ia tamsil seekor kucing yang telah dapat membaham ikan di mulutnya... dibantai dan dikejar ke manapun kucing itu tetap tidak akan melepaskan ikan yang sudah ngap di mulutnya.

Oleh yang demikian, apa yang perlu dilakukan?

Itu, pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan semalam 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Apa motifnya SPR mengumumkan demikian bukan soalnya untuk kita perdebatkan lagi. Soalnya, apakah usaha PAS Perak bagi mempastikan pengundi-pengundi di kawasan masing-masing telah didaftarkan sebagai pemilih.

Ketua Penerangan PAS pula keluar dengan kenyataan menawarkan satu kerjasama serius digerakkan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Begitu pulak kisahnya, sedangkan SPR ada matlamat lain, yang tak boleh didedahkan. PAS Perak pula nak hulurkan tangannya kepada tangan si perompak negerinya untuk bekerjasama mendaftarkan pengundi.

Hentikan kerja-kerja menabur benih di angkasa, ia tidak ada faedahnya. Pergi segera ketuk pintu rumah-rumah rakyat seluruh Perak sekrang juga. lakukan culaan. Daftarkan mereka sebagai pemilih, bawa sekali borang keahlian PAS. Panggil dan jemput Presiden, Timbalan Presiden dan sekalian pimpinan tertinggi untuk gerak-gempur seluruh Perak dulu. Kemudian baru cerita bab pilihanraya semula. Bukan berspekulasi seperti orang sedang bermimpi.


Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

100% setuju dengan GB

kanuar Malaya berkata...

saya ank kelahiran beruas..perak sepatutnya pas & pakatan ambil langkah mencari kelemahan diri sendiri hingga keakar-umbi dan setuju dgn GB.

anakmuaallaf berkata...

120% setuju dengan GB..

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS tentu tak setuju sebab mereka ni ibarat beruk dapat bunga. Tak muhasabah diri. Kerja asyik nak salahkan orang saja.

Tanpa Nama berkata...

sentiasa berwaspada, bersedia dan gerak kerja PRU13 yang berterusan ..

Tanpa Nama berkata...

sukarelawan Pakatan Rakyat tanpa lambang parti hendaklah berada ditempat tumpuan orang ramai menerangkan kelemahan kerajaan BN dan UMNO.